Februari 2011
Pada siapalah dia mahu mengadu rasa. Pada teman-teman, tidak mungkin kerana mereka tidak pernah mengalami kisah itu, tiada di tempat itu; jadi tiada kefahamannya. Pada ibu tercinta juga tidak, kerana kisah hati itu tiada jelasnnya. Tambahan pula bukan satu kebiasaan nama seorang muslimin wujud dalam bicaranya. Jika ada pun, akan banyak soalan cepu cemasnya nanti.Tidak mudah. Lalu hanya pada alam maya jugalah tempat dia meluahkan rasa. Walaupun tiada sesiapa yang faham maksudnya, tapi mungkin lebih selesa begitu. Dia lebih selesa menyimpannya sendiri, dan meluah sekadar untuk meringankan rasa beban hati. Mungkin hampir setiap hari dia mampu meluahkan begitu. Dan mungkin dalam nada yang terang, atau mungkin juga dalam nada yang berkias. Itulah dia, terlalu sukar berterus terang. Jika ingin memyampaikan sesuatu pun, mukadimah yang panjang mendahului. Seringkali dia ditegur teman-teman kerana ‘kelebihan’ berkias itu. Jika terlalu bersahaja pula, sudah hilang bunganya. Sehinggakan terlalu jujur dan spontan. Kali ini dia masih gagal lagi mengawal nafsu rindu itu. (Astaghfirullah al adzim). Sehinggakan di ruang ‘status’nya dia meluahkan lagi.
"AKU RINDU MAK..AKU RINDU JUGA 'DIA' YANG DULU PERNAH JADI SAHABAT TERBAIK DI ALAM MAYA..SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI 'DIA'..AMIN-P.*"
Berani benar dia mempamerkan nama itu walaupun dalam singkatan. Ya, dia berani kerana yakin tiada siapa yang akan faham maksud singkatan nama itu. Namun dia silap. Lewat tengah malam dia kembali membuka laman sosial itu. Tidak tahu kenapa, apa yang pasti hatinya sedari tadi ingin berbuat begitu. Sehinggakan sanggup dia menumpang di bilik seorang teman semata-mata ingin menyedapkan rasa hati yang tidak tenteram itu. Nalurinya kuat meminta agar dia membuka semula laman sosial itu walapun sudah lewat begini. Bukanlah dia terlalu percayakan pada naluri hati tanpa pertimbagan akal yang waras, namun selalunya naluri hatinya jarang silap. Maka dia selalu mendengar kata hati dalam sesetengah perkara; termasuk juga pada kali ini. Jika masih ada silapnya pada naluri hati itu, tiadalah juga dia rugi. Tapi andainya naluri itu ada kebenarannya, pasti terasa kesal di hati walaupun prinsipnya dia jarang menyesal dengan setiap keputusan yang telah dia buat. Baginya kehidupan ini satu perjalanan ke depan. Jika ada kesilapan sekali pun, harus diperbetulkan dalam langkah ke depan. Bukankah yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu. Jadi pembetulan dan kehidupan juga jalannya ke depan, namun masih berpandukan sejarah silam.
Melewati dahulu ruangan utama, dia sudah terlihat satu nota sedang menunggu. Tenang, seperti biasa dia membuka laman nota tersebut; ada seseorang telah memberi komen pada ‘status’ terakhirnya sebentar tadi. Debar hati semakin jelas bila dia membaca ayat yang tidak disangka itu. Ada jawapan dan persoalan di situ.
" Saya tau siapa dia.. Apa hubungan awak dengan dia?"
Agak tersentak, dia sudah mula terasa rimas. Serba salah jadinya pada tindakan yang dia tidak sengajakan itu. Lagi rimas bila dia dipersoalakan tentang hubungan. Malahan hampir saja melibatkan nama yang tidak bersalah. ‘Akukah yang bersalah?’ dia masih bersoal dalam hati. Selepas itu dia melewati pula laman muslimah yang memberi komen tersebut. Melihat pada ‘status’ terakhirnya pada satu jam lalu, dia berfikir lagi.
" Kenapa semua orang nak rampas kebahagiaan aku??"
Dia mula merasa sepertinya ada kaitan. Tapi sejauh mana benarnya? Spontan dia teringat pada ‘status’ muslimah itu sebelum ini. Agak selalu juga dia melewati ‘status’ muslimah ini; bukan sengaja sebenarnya. Melalui laman muslimin itu, dia menambah muslimah ini sebagai sahabat. Seperti biasa, dia lebih gemar membuka laman setiap teman yang baru dia ‘add’ sebagai langkah awal dia mengenali rakan alam mayanya. Dia sedaya upaya cuba mencari perkaitan antara hari-hari sebelumnya dengan situasi pada masa ini. Terdapat banyak yang berbaur perasan, marah, sedih, sayang dan kecewa. Apakah ini sudah jelas atau dia harus mencari lagi? Secara tidak sengajanya, dia adalah seorang wanita yang berjiwa suka mencari, apatah lagi pengalaman menjawat pengawas sekolah selama 5 tahun dulu masih ada auranya dalam diri. Cekap mencari maklumat dan menhabiskan pencarian itu seperti sudah biasa bagi dia. Terpulang pada cara dan masa saja.
‘InsyaALLAH, akan aku usahakan..’ dia bertekad dalam hati walaupun hampir berasa lemas.
Setelah penat memikirkan soalan yang tidak terjawab itu, dia bingkas bangun meninggalkan laptop kesayangannya dan berlalu ke ruang tamu. Menyandar di sofa empuk saat begini terasa selesa sedikit, walaupun tidak pada hati. Mungkin agak jelas riak wajah yang berubah, seorang teman menegur. Bertanyakan persoalan kenapa. Seperti fitrahnya juga, pasti setiap soalan ada dan mahukan jawapannya. Semakin disoal, dia semakin mudah bersikap jujur sebenarnya.
‘Ya ALLAH…tenangkan hatiku agar aku dapat menjawab persoalan ini dengan terkawal dari amarah dan nafsu..’.
Apa yang penting, dia harus bijak mengawal situasi agar tidak terjadi apa yang tidak diingini. Muslimah ini belasan tahun usianya, sedangkan dia pula lebih berusia empat tahun. Jadi, harusnya dia bersifat lebih terbuka, menerima dan memahami jiwa seorang remaja yang selalu dikaitkan dengan gelaran ‘berdarah panas’ itu. Malahan dia yang sudah mencecah dewasa pun kekadang masih seperti usia belasan lagi lakunya. Cepat melenting dengan sesetengah tekanan dan pantang dicabar. Itulah kelemahan dan perubahan psikologi bila mempunyai kakak dan abang;manja. Namun dia juga mampu menjadi seorang kakak kerana dia mempunyai empat orang adik.
Secepat yang mungkin dia memadam ‘status’nya yang mencetuskan konflik itu. Dia harus mengawal sesuatu dan membetulkan sesuatu sebenarnya. Lalu dia menaip sesuatu pada ruang ‘wall’ muslimah itu. Setenang bicara hati, dia mengatur kata..
"..siapa pun 'dia'..samada adik kenal 'dia' dan meneka dengan tepat atau tidak..jujur..'dia' sekadar teman di fb..tidak lebih dan tidak kurang daripada itu..
temanku ini penuh dengan hikmah dalam memberi peringatan..maka dengan itu aku menghargainya..rindu 'dia' bukan bererti rindu jasadnya..rindu 'dia' juga mungkin bererti rindu pada identitinya yg sering mengingatkan aku pada ALLAH..’dia’ yang hanya kukenal di alam maya. Namun andai itu sudah mampu menerbitkn salah faham, fitnah dan dipersoalkan, harusnya aku hindari daripda menjadi racun pada hati yang salah mengerti…dik, maaf dari akak ikhlas dari hati. Wasslam.."
******************************************************************
Sudah diciptakan dia berjiwa mencari, maka dia akan sentiasa mencari sehingga berasa puas hati. Masih kabur pada pandangan mata hati, maka dia membuat keputusan untuk menghantar mesej kepada muslimah ini, sekadar ingin mengenalinya dengan lebih dekat dan ingin tahu apa yang tidak dia ketahui sehingga muslimah ini beremosi dengannya. Dia juga tidak tahu apa rasionalnya sehingga dai masih ingin tahu.
‘Izinkan aku Ya ALLAH…’
Lalu dia memulakannya dengan salam yang mulia itu…
February 26: 10.50pm
Assalamualikum wth..maaf dik..akak nak tanya..boleh akak tau,kenapa tiba-tiba pula keluar soalan "apa hubungan akak dengan dia"
and..adik teka siapa ya "dia" tu?
harap tak ada salah faham lepas ni..:)
Dia cuba bersahaja sebagai mukadimah..
February 27:11.30am
Tak ada apa-apa..sebab dia kawan saya di alam realiti..p.*..
Tepat!
Dia cuba menerangkan lagi,menekan pada yang jelas..
February 27 at 12:29pm
Maaf,ayat tu terang kan..kawan terbaik di alam maya..
jadi..tak ada salah faham kan..tak perlulah dipersoalkan lagi hubungannya..nanti orang lain baca salah faham pula.sebab tu akak ‘delete’ status tu..
apa-apa pun akak minta maaf ya kalau ada yang tak kena dan salah sehingga dipersoalkan macam tu..sampaikan salam persahabatan akak pada p.*..
February 27 at 12:34pm
Ya..insyaALLAH..
maaflah kalau tindakan saya macam beremosi sangat..
‘Dia bijak meneka. Itu bermakna dia juga seorang yang cekap menilai situasi. Apakah selama ini sedang aku memerhatikan orang lain, maka aku juga sedang diperhatikan?’ hatinya bersoal sendiri. Dan dia tiada jawapannya. Lalu dia bermain kata lagi..
February 27 at 12:36pm
Erm..beremosi? boleh akak tau kenapa?
Dia benar-benar ingin tahu..
February 27 at 12:43pm
Demi nama dia, saya rasa lebih baik akak tak tau tentang tu..harap akak faham sendiri..
"…harap akak faham sendiri?" apa yang harus dia faham, sedangkan dia tidak pernah tahu apa-apa pun. Terbersik rasa marah sebenarnya bila membaca ayat terakhir itu. Apakah terlalu hebatnya manusia berbanding ALLAH sehinggakan nama manusia dijadikan syarat?? Kerana itulah dia membalasnya begini..
February 27 at 12:55pm
Demi nama dia?
DEMI ALLAH..berterus teranglah supaya tak ada salah faham dan semuanya terang..
kenapa harus ada rahsia sedangkan berkawan itu tiada rahsia kan?..mungkin ada yang harus diambil pengajaran nanti..
berterus teranglah dik..:)
Dia memujuk lagi. Semakin muslimah itu cuba mengelak, semakin dia ingin tahu kebenaran kisahnya. Namun agak tergendala bila sudah tiada balasan dari muslimah itu. Sehinggakan dia mengeluarkan cadangan begini, cepat saja mesej ‘facebook’nya berbalas.
February 27 at 1:02pm
Atau akak perlu tanya sendiri pada dia?
Dan dia sungguh-sungguh maksudkannya.
February 27 at 1:10pm
Emm..sebenarnya kita orang dah 2 tahun kenal...dipermudahkan cerita,…………………………………………………………………………………………………………..akhirnya dia cadangkan agar kami berkawan..
Dia tersenyum membaca tulisan yang panjangnya 10 baris dan hampir mencecah 150 patah perkataan itu.
February 27 at 1:32pm
InsyaALLAH..kalau kita memelihara cinta ALLAH..ALLAH akan memelihara apa yang kita ada..:)
Tanpa berniat memberi harapan, dia memberi jawapan positif.
February 27 at 1:33pm
Saya sayangkan dia sangat-sangat..sebab dialah lelaki yang mampu membimbing saya..doakan hubungan kami berkekalan ya kak..
Terlalu jujur muslimah ini. Seperti muslimah ini sudah mengikat kejap hatinya pada seorang lelaki.
February 27 at 1:34pm
Kalau jumpa lelaki macam tu..siapa tak sayang dik..
pakej yang cukup..open minded,tegas tentang agama tu yang mahal dalam diri dia..
Kini dia pula yang bersikap jujur..‘siapa tak sayang..??’
Muslimah ini nampaknya semakin selesa sehingga dia meluahkan segala harapannya dalam terang. Dia juga seperti setia ‘mendengar’ dan…adakah dia sekadar ‘mendengar’ dengan hati yang kosong?
February 27 at 1:39pm
Cuma ALLAH saja yang tau betapa sayangnya saya pada dia..Ya ALLAH, perrmudahkanlah hubungan kami dalam menuju jalanMu..
Muslimah ini meminta lagi.
Dan dia..
Cukuplah dia mengakhirinya dengan lafaz ini demi sebuah kesenangan hati dan kelapangan fikiran..
February 27 at 1:55pm
Berusaha dengan nama ALLAH..insyaALLAH semuanya akan dipermudahkan..
Hampir lengkap ceritanya. Benar atau tidak harus ada penjelasan dari pihak kedua juga. Sayangnya penjelasan itu sepertinya tidak penting kerana masih tiada balasan . Lalu dia cuba mengabaikannya walaupun hati masih tertanya-tanya. Spontan saja dia teringat kisah puteri Rasulullah, Fatimah al-Zahra dengan Sayidina Ali...Adakah..Ah! tidak layak dia untuk menilai sebarang kemungkinan takdir ALLAH. Dia hanya mampu meminta yang terbaik untuknya, dia dan 'dia'. Amin..
Dan kisah dia??
Tiada tercatat dalam sejarah islam sebenarnya. Itu yang membuatkan dia tersenyum sendiri.
" Dia sehebat Yusof, tapi aku tidak sehebat Zulaikha..."
Dia juga terlalu serba salah. Bukan kerana muslimah atau muslimin itu. Tetapi kerana dia menerima lagi satu soalan yang sama untuk kali ketiga. Bukan dari siapa-siapa, tapi dari insan yang dulunya pernah mencurahkan ilmu kepadanya, bertemu kembali setelah hampir dua tahun tidak bersua bicara. Itu pun melalui ruangan alam maya juga. Dia tergerak hati untuk menaip nama guru kesayangannya itu, lalu dia menemuinya. Alhamdulillah, dia bersyukur. Dengan kuasa ALLAH, setiap yang terjadi ada sebabnya. Begitu juga dia, bersuanya kembali ukhuwah dengan gurunya itu membawa satu persoalan berat untuk kali yang keberapa pun dia sudah lupa kiraannya. Melalui ruang mesej ‘facebook’ mereka bersua bicara. Bermula dengan bicara khabaran, dia dan guru kesayangan itu bersoal pula tentang aktiviti kumpulan jemaah yang pernah dia sertai aktivitinya dulu. Walaupun sekadar tempoh dua hingga tiga bulan, namun ia sungguh bermakna. Pengisiannya mantap, dan kerana itulah dia terlalu rindu pada jemaah amar makruf nahi mungkar itu. Banyak ilmu yang dia dapat melalui aktiviti kumpulan usaha agama itu. Akan tetapi, semakin lama persoalan bicara mereka semakin mendalam.
February 26 at 7:59pm
It's ok, dear..when ever you are free. During holidays, i suppose..are you married? Or do you have someone in life already?
Dia terkesima untuk sekian kalinya. Walaupun terasa lain pada soalan itu,dia masih jujur menjawabnya. Demi membuang rasa hati yang galau lalu disoalkan jika khabaran itu datangnya dari siapa. Dan ini jawapannya..
February 27 at 1:03pm
No,tapi ada seorang x-student saya yang sekarang istiqamah buat usaha jemaah agama ni, kerja kat JB (Johor Bahru). Dia nak cari yang menjaga agama untuk jadi isteri. Bukan nak kawin segera, next year ke gitu. Awak nak kenal dia? Orang keratong la juga..
Kiranya persoalan ini yang membuatkan dia semakin lemas sebenarnya. Menjawab dua persoalan pada satu masa yang sama. Pada hari yang sama, Cuma waktu saja berbeza. Sekali lagi dia harus berfikir dengan jiwa yang tenang.
" Ya ALLAH.. berikan aku petunjuk-Mu.."
(Bersambung….)

No comments:
Post a Comment