HARUSKAH AKU BERASA HATI..??
HARUS...kerana kau juga insan yang punyai hati dan perasaan..
jiwa dan hati yang terasa pada perasaan pelbagai (marah,sedih,gembira...) itu adalah fitrah kejadian..
bukankah kejadianmu telah bersama akal,hati qalbu dan nafsu..?
TIDAK...apalah yang hendak kau endahkan pada kata-kata yang tidak menguntungkan iman, amal dan agamamu itu..
hiduplah engkau dengan al-Quran, sunnahtullah dan panduan agama yang telah ditetapkan padamu...
mungkin niatnya untuk kebaikan ummat juga..
YA..AKU TAHU..
TAPI....-pabila hati masih berbicara TAPI..apakah lagi yang ingin dinafi..?
TAPI..janganlah apa yang kuperkatakan dipersendakan..
lalu dijadikan persoalan untuk dikatakan sesuka hati sepertinya aku tidak punyai hati..
AHHH!!!! TERGURISKAH AKU???
WELCOME TO MY BLOG....ASSALAMUALAIKUM WTH...:)
AIMAN ROSNARA... kehidupan ini satu perjuangan.. kehidupan ini satu pencarian.. berjuanglah untuk terus hidup.. teruskanlah mencari jati diri.. siapa kita di muka bumi ini.. siapa kita pada ilahi.. siapa kita pada agama islam yang suci.. siapa kita pada family.. siapa kita pada diri sendiri.. carilah..
Tuesday, 26 April 2011
Sunday, 10 April 2011
SALAHKAH DIA(4)-SUKAR MENENTUKANNYA; KEYAKINAN HATI ATAU NAFSU SENDIRI..
ISTIKHARAH…
Sebagaimana baginda mengajar surah daripada Al-Quran, Baginda berkata : 'Jika sesiapa dari kamu perihatin terhadap sesuatu keputusan dia hendak melakukannya, maka lakukan solat 2 rakaat yang bukan dari solat fardu..’(HR Bukhari)
Sukar benar hendak ditunaikannya. Bukan kerana tidak mahu atau kerana malasnya diri tetapi kerana hatinya. Apatah lagi hati ini terlalu sering digoda nafsu dunia. Demi mendapat naluri dan keyakinan hati yang tepat, dia semestinya mendapatkan hati yang bersih dahulu sebelum meminta yang terbaik dari ALLAH. Sudah puas juga dia menyucikan hati yang selalu berdebu dengan kotoran nafsu dunia itu, namun seringkali juga dia kecundang. Buntu. Dia masih buntu dan gagal membentuk hati yang bersih. Zikir dan munajatnya kerap, tapi kecundangnya seiring. Hampir putus asa dia. Namun semakin dia melewati laman ‘facebook’, antara dua insan terpelihara itu, semakin kuat niatnya untuk istikharah sebenarnya. Tapi keyakinan pada kemampuan yang lemah terus-terusan menjadikan niat itu tergantung. Lantaran itu, dia suakan soalan, meminta pendapat kepada yang dipercaya. Dua orang rakan kelasnya yang sebaya antara mereka tetapi muda daripadanya setahun, juga saling berlainan jantina itu diminta buah fikiran. Kiranya mereka antara yang paling rapat dan cantik pergaulannya dengan sahabat-sahabat yang lain. Jawapannya tetap sama, istikharahlah yang didahulukan sebelum dia memberitahu keluarga. Ah! Kedua orang tuanya pun masih belum termaklum walaupun sepatah kata lagi tentang ini. Tiada jalan terbaik selain daripada istikharah sebelum keputusan keluarga di minta. Jika disuakan dahulu pada keluarga, isu ini mungkin akan berpanjangan walaupun tidak jelas lagi. Serentak itu dia teringat kisah lima tahun lalu. Sewaktu dia di tingkatan enam, ketika usul seorang guru juga sahabat yang ingin merisiknya sebagai suri hidup. Itu sudah disoal jauh, apatah lagi sebagai suri hidup yang kedua. Baru saja mendengar usul sudah ditubi-tubikan soalan sehinggakan tidak terjawab olehnya. Selebihnya, tiada apa-apa pun yang berlaku. Cukup sekadar permainan perasaan! Seperti juga kali ini, dia tidak berniat untuk mengulangi kesilapan yang sama, kerana dia masih tidak nampak lagi kebenarannya dan kepastiannya. Keadaan itu sememanganya membuatkan dia sukar untuk mempercayai urusan hati ,perasaan dan jiwa lagi. Baginya, seriusnya urusan ini bila kedua-dua orang tuanya ditemui oleh insan terpilih tersebut. Sesiapa saja. Asalkan insan itu punyai nilai agama yang mahal. Dia memilih asset itu sebagai asset utamanya kerana dia merasakan dan menyedari kekurangan pada diri yang harus ditambah. Dunia akhiratnya harus diperbaiki demi mendapatkan syurga ALLAH. InsyaALLAH..
“ Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama itu dari dirimu, maka hilanglah cintaku terhadapmu ”
Dia terlalu tekun di hadapan skrin berlatarkan warna biru itu. Lewat malam begini sudah menjadi rutinnya untuk bermanja-manja dengan laptop kesayangannya. Dia lebih selesa begitu. Melayan perasaan sendiri sambil melewati laman sosial ‘facebook’ berselang dengan membuat tugasan kolej. Memandangkan maklumat tugasannya harus melayari internet, jadi serentak itu juga dia mengambil peluang untuk membuka laman sosial tersebut. Dalam keadaan fikiran yang berserabut, dia juga harus membahagikan masa untuk perkara-perkara lain termasuklah masanya untuk belajar dan keluarga. Kerana itulah, dia tidak akan sesekali membawa dunia kolejnya pulang ke rumah orang tuanya. Berbeza pula jika dikolej, dia harus membuka ruang sedikit kepada urusan keluarga dan adik beradiknya memandangkan itulah tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan kakak walaupun sudah terdapat perbezaan pada amalan dan cara hidup . Semenjak dua tiga hari kebelakangan ini dia selalu memikirkan sesuatu. Berusaha juga merujuk kepada beberapa buah buku yang dibawanya ketika di awal dia memasuki kolej barunya ini. Dia membezakan pula kaedah yang mana paling mampu dengan kemampuannya. Tidak puas dengan itu, dirujuknya pula kepada seorang ustaz di kolejnya walaupun melalui perantaraan; pelajar ijazah. Apabila sudah agak yakin dengan hati dan penyempurnaan, dia nekad ingin melaksanakannya. Kiranya pada malam ini dia tergerak hati untuk meminta petunjuk ALLAH, jadi dia nekad meneruskannya. Menjeling ke arah jam yang menunjukkan pukul 2.45 pagi, dia sudah berkemas untuk menutup laptopnya dengan niat ingin memancing lena. Namun sebelum itu dia berlalu dulu ke bilik air bagi menyempurnakan wuduknya dan menyambung niat untuk menunaikan istikharah keduanya.
Ya. Istikharah kedua dalam dirinya. Kali pertama istikharahnya tiga tahun lepas (2008), juga kerana perkara yang sama atas usul jemaah, iaitu melalui majikannya ketika itu. Teringat lagi olehnya pada masa itu, pandangan yang kabur menyebabkan dia gagal mendapat keyakinan hati yang tepat. Akhirnya, semuanya ‘terpadam’ pabila terang-terangan dia usulkan untuk menyambung pelajaran dulu sebelum membina dan berkongsi hidup dengan orang lain. Apatah lagi pada masa itu dia hanyalah seoarang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) aliran Sains dengan keputusan peperiksaan yang GAGAL. Tercabar dengan hamba ALLAH ‘cadangan’ yang pada masa itu lulusan Diploma dan berkerja dengan Majlis Daerah, dia nekad untuk mengenggam segulung Diploma juga sebelum merancang kepada kehidupan yang lain. Tidak kisah dengan sesiapa pun. Dia terlalu nekad! Nasib keluarganya harus dibela juga sebelum membela yang lain. Itu azamnya, insyaALLAH. Dalam masa yang sama persoalan nakal timbul dalam mindanya.
‘ Bila agaknya nak dapat kad jemputan dari hamba ALLAH itu?’
Maksudnya, dia berharap hamba ALLAH yang juga baru setahun mendapat hidayat itu agar menemui insan terpilih sebagai penggantinya. Ya ALLAH, sampai begitu sekali dia meminta. Jujur, bukan persoalan baru setahun usia islamnya itu yang menjadi persoalannya dia menolak dulu, tapi kerana masih belum bersedia dengan keadaan. Masalahnya sendiri pun belum surut, mahu di tambah lagi dengan orang baru. Ada harapan dia mati dalam tekanan jiwa kerana keluarganya juga masih menafikan tindakannya pertamanya dulu. Teringat saja persoalan risikan itu, dia tergelak sendiri. Entahlah. Terasa kelakar pula. Manakan tidaknya, belum taaruf lagi dia sudah menolak awal-awal. Cukuplah sekali saja dia dapat melihat wajah hamba ALLAH itu; kali pertama dan juga terakhir ketika majikannya atau lebih mesra dengan panggilan Abang Long itu membawa hamba ALLAH itu ‘food court’ tempat dia bekerja dulu, sebetulnya kedai milik Abang Long. Lebih berasa selesa bila mana hamba ALLAH itu tidak sempat bersua muka dengannya kerana terpaksa pulang segera atas sebab peribadi. Secara tidak langsung itu juga ia memberi kebebasan kepadanya untuk melewati ruang depan pejabat Majlis Daerah setiap kali keluar ke bandar kecil tempat tinggalnya itu. Apakan daya, hanya itu saja laluan utamanya juga kepada orang awam yang lain; bangunan yang harus dilalui untuk ke barisan kedai-kedai utama juga ke bangunan bank-bank utama. Biarpun bandar Muadzam Shah ini terlalu kecil baginya, namun kelengakapannya hampir setanding dengan bandar-bandar lain. Semakin membangun. Dengan sela masa 30 minit dari rumahnya juga membuatkan dia mampu melangkah ke bandar kecil itu setiap hari dan melewati bangunan kerajaan itu dengan sebebas-bebasnya. Bebas kerana tiada yang memerhati dan mengenalinya secara dekat. Itu yang membuatkan dia semakin selesa dengan pembawaan dirinya.
Usai saja solatnya, dia melipat sejadah merahnya itu lalu diletakkan di birai kerusi di sudut meja ‘study’nya. Agak perlahan lakunya kerana sedang memikirkan sesuatu. Menilai diri seketika, betul atau tidak perlaksanaan solat sunatnya sebentar tadi. Tidak seharusnya dia meragui sebegitu, akan tetapi lantaran dia masih lemah dalam soal solat sunat yang satu ini, maka risau itu tetap ada. Dia sedaya upaya cuba mengunci bicara dan yakin. Beralih ke katil dia membaringkan diri pada lambungan kanan. Sekitar pukul 3.00 pagi kantuk sudah mula melambainya. Lantaran itu dia cuba mengosongkan fikiran dari pengaruh hati dan perasaan sendiri. Tidak putus-putus juga dia berzikir dalam hati demi memdapatkan naluri hati yang terpelihara. Cukuplah hanya nama Yang Esa diratibkan dalam hatinya pada saat ini; ALLAH, ALLAH dan ALLAH!
Dia terjaga. Terkebil-kebil dia seketika memikirkan sesuatu. Menilai sama ada dia dalam sedar, separuh sedar atau tidak sedar sebentar tadi. Pantas saja tangan kanannya mencapai handphone di sisi kanan bantalnya lalu meletakkan dia di lambungan kanan semula. Diamati betul-betul skrin ‘handphone’nya, dengan niat untuk melihat digit jam. Tepat 4.30 pagi! Lenanya hanya satu jam setengah. Terlalu singkat baginya. Tidak pernah dia lena sesingkat itu. Dia terus teringat sesuatu yang pernah dikatakan oleh seorang teman dulu. Katanya, jika sesuatu itu hadir dalam tidur di waktu sebelum subuh, itu maknanya jauh dari godaan dan jelmaan syaitan; ia memang benar. Betulkah? Mengingatkan itu tiba-tiba dia berasa seram sejuk sehingga ditarik selimutnya ke paras bahu kirinya. Perasaanya terlalu berbaur. Galau dengan keresahan hati, akhirnya terlena juga dia sebelum terjaga semula pada pukul 6.00 pagi lalu membersihkan diri untuk solat subuh. Rutin hariannya masih seperti biasa. Dia memulakan paginya untuk ke kolej bermula pukul 8.00 pagi dan pulang semula ke hostel paling lewat pukul 8.00 malam. 12 jam di zon ilmu kadang-kadang tidak pernah menghalang dia untuk memikirkan perkara yang luar dari dunia kolej , termasuklah memikirkan tentang bayangan tidurnya semalam. Dia terlalu setia mentafsirnya. Berfikir dan terus berfikir tetapi masih tidak yakin dengan keputusannya. Dia masih risaukan kekotoran hatinya itu mempengaruhi keyakinan hati pada pintanya. Lantas dia berniat untuk menyimpannya sekukuh yang mungkin di dalam hati tanpa mahu berkongsinya dengan sesiapa sekali pun. Pada masa yang sama dia masih ingin meminta petunjuk lagi untuk beberapa kali lagi sehinggalah dia benar-benar yakin. Tidaklah terasa rugi padanya andai solat sunat dua rakaat itu ditunaikannya lagi selepas ini. Bukankah mencari yang betul-betul yakin itu perlu?
Selang beberapa hari dia kembali melewati laman istikharahnya. Itu pun setelah yakin hati kotornya dimujahadahkan sesempurna mungkin. InsyaALLAH…walaupun sukar tapi harus baginya. Kebiasaan seperti sebelumnya, lenanya menjemput sekitar pukul 2-3.00 pagi. Akan tetapi jaganya sekitar pukul 6.00 pagi, bukan seperti yang lepas. Dia tergamam lagi. Lain pula rencananya, sehinggakan dia terkejut bercampur gerun. Rasanya seperti dia baru keluar dari litupan salji pula. Tidak terasa dingin bekunya namun terlalu putih pandangannya sehinggakan dia terjaga dalam keadaan terkejut begitu. Secepat yang mungkin dia mengecilkan celikkan matanya. Lagaknya seperti silau dengan panahan cahaya pula. Ya. Itulah yang di alaminya sebelum dia terjaga sebentar tadi. Sehinggakan masih terasa lagi pandangan putih bersih itu pada layar matanya. Dia benar-benar seperti dikelilingi sidaian kain putih bersinar sehingga tidak ternampak warna lain walaupun setitik warna hitam. Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui segala maksud yang tersirat. Adakah petunjuk yang pertama dulu adalah sebaik-baik yang telah diberi?
‘ Ya ALLAH, Aku tiada kuasa merungkainya sebaik rungkaianMU Ya ALLAH.. maka kumohon petunjukMU pada hatiku yang lemah ini..’
Hari-hari yang berlalu dilalui dengan tenang walaupun hatinya tidak setenang dulu. Terasa sia-sia sebenarnya memikirkan persoalan yang tiada jawapan itu. Tapi hatinya masih kuat untuk menilai dan mentafsir naluri kalbunya itu.
**************************************************
Hari ini merupakan hari cuti baginya dan rakan –rakan lain. Hari sabtu seperti ini biasanya dia dan rakan serumah pastinya akan memasak saja dirumah. Dia lebih selesa begitu, jimat sedikit. Sementara mengisi masa yang terluang antara memasak, sempat lagi dia membuka laman sosial ‘facebook’nya. Dia memang begitu, sengaja membiasakan diri membuat lebih daripada satu kerja pada masa yang sama. Sudah biasa sebenarnya. Sedang dia menyediakan bahan masakan, dia seketika menjeling ke skrin laptopnya. Ada satu mesej ‘chatting’ telah masuk. Dia meneliti nama yang tertera; terkejut. Tidak pernah ‘adik’nya ini menghubunginya melalui ruangan ‘chat’ melainkan ruangan mesej atau di ‘wall’ saja. Bukan tidak pernah, tapi sememangnya dia yang meminta begitu; lebih selesa berhubung di ‘wall’ saja-pada sesiapa sekali pun. Dulu pun sewaktu mereka berhubung melalui telefon cepat saja dia meminta dihentikan; tidak selesa katanya. Dia yang secara tidak sengaja terberi nombornya pada seorang muslimin yang disangkakan perempuan melalui seorang teman. Walaupun atas dasar persoalan agama tujuannya, tapi dia tidak selesa begitu. Kerisauan terpesongnya niat hati menjadikan dia terlalu ‘menyimpan’ nombor telefonnya itu. Pada muslimin yang dianggap adik ini diminta agar memadamkan nombornya dari senarai telefonnya, seperti mana dia juga tidak pernah menyimpan nombor muslimin ini melainkan berhubung melalui nombor rakannya itu saja. Alhamdulillah, cadangannya itu diterima baik oleh ‘adik’nya itu.
Segera dia membuka ruang ‘chat’ yang terisi dengan salam yang mulia itu. Sebaik yang mugkin dia menjawabnya dalam taipan tulisan. Pertanyaan khabar juga dijawab baik antara dua-dua pihak. Selebihnya, mereka berkisahkan pula tentang pelajaran dan kampus. Dia cuba mencari keselesaan sebenarnya, kerana sudah terfikir satu persoalan penting untuk ditanyakan pada ‘adik’nya itu. Kebetulan atau atau tidak, sepertinya ‘adik’nya ini memahami keadaanya yang resahkan sesuatu. Dia juga percaya ‘chat’ yang pertama kali dengan ‘adik’nya ini adalah ketentuan ALLAH. Alhamdulillah, dia sangat-sangat bersyukur kerana ALLAH sentiasa membantunya.
Istikharah. Ya, persoalan itu masih belum jelas padanya. Lalu secara berhemah, dia suakan soalan itu.
-Dik, macam mana nak dapatkan jawapan istikarah tanpa dipengaruhi perasaan..-
Antara malu dan segan ,dia menyuakan juga persoalannya. Lama juga persoalan itu tergantung. Selepas belasan minit barulah soalannya berjawab.
-Kak..hati kita tak pernah menipu..jawapan istikarah datang daripada keyakinan..jadi akak harus percaya pada hati akak..-
Jawapan yang padat diberi. Namun dia masih meragui.
-Keyakinan hati itu..sememangnya bukan kerana nafsu sendiri?
Keyakinan bukan datang dari keinginan ke? Keinginan itu bukan kerana nafsukah?-
-Akak..dalam diri manusia ada tiga elemen..akal,naluri dan nafsu. Kalau naluri campur dengan akal yang sejahtera, hasilnya positif..itulah keyakinan. Tapi kalau akal campur dengan nafsu..maka hasilnya dendam dan amarah..-
Masih setia menjawab, ‘adik’nya itu menjelaskan lagi. Dan bila sudah dapat bersoal jawab, sememangnya banyak yang ingin dia tanyakan dan ingin tahu. Lalu dia bersoal lagi.
-Dalam konteks istikarah ni..kalau akal campur nafsu?-
-Bukan hasil lagi kak..pasti ada silap niat ataupun cara..-
Dia termenung seketika. Cuba memahami penjelasan tersebut dalam masa yang sama mengingat kembali segala gerak laku dan hatinya sebelum ini. Niat dan caranya. Seiringkah? Seingatnya, sebelum lena dia dalam keadaan tenang dan kosong fikiran. Malahan hatinya berzikir dengan memuji ALLAH. Lenanya dibuai tanpa sedar sehinggalah satu jam setengah selepas itu baru dia terjaga. Dalam hati pula, sebelum lena dia meminta, agar dia dibukakan hati dan minda, diberi petunjuk yang terbaik untuk diri, keluarga dan paling penting untuk agamanya. Itulah yang sebaik-baik permintaan.
“…Ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya."
(HR Bukhari)
Dalam lena dia di situasi sesuatu sebenarnya. Dalam usaha dia mengunci bicara, dia sedang berebut dengan dengan diri sendiri. Suara itu meminta agar dia berdiam diri tidak berbicara. Namun tidaklah dia kisahkan kerana dia percaya itu adalah faktor yang dipengaruhi sebelum tidurnya tadi, yang mana dia berusaha agar tidak bercakap. Namun diakhir sebelum dia terjaga, tiba-tiba saja dia terlihat gambaran sesuatu yang sangat jelas. Dari berwarna gambaran itu berubah kepada warna hitam putih dalam sekelip mata. Serentak itu dia terjaga. Gambaran yang wujud saat akhir itulah yang membuatkan dia terkejut lalu terjaga sebenarnya. Perasaan berbaur, antara percaya dan tidak, antara gembira dan keliru. Percaya dan tidak kerana inilah kali pertama dia mendapat jawapan yang jelas. Gembira kerana keliru hatinya diberi petunjuk. Namun dia masih keliru adakah itu yang dia mahu. Pentingkah persoalan jodoh itu buat masa sekarang? Entahlah. Arh!!binggung dia memikirkannya. Tapi dia harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dia juga harus terima takdir ALLAH andai jodohnya sudah sampai. Dia benar-benar bersedia kerana memikirkan sudah banyak kali dia mengelak daripada memikirkan secara serius persoalan itu. insyaALLAH..
Dan sekarang lagi bertambah binggung bila dia teringatkan kata ‘adik’nya sebelum ini.
‘..hati kita tak pernah menipu..jawapan istikarah datang daripada keyakinan. Jadi akak harus percaya pada hati..’
‘Ya. Aku percaya pada keyakinan hati. Tapi memadaikah hanya aku saja yang yakin? Dan mereka, akukah yang diyakini?’ Subhanallah, yang Maha Mengetahui segala sesuatu lebih daripada hambanya…
Seniornya itu, tiada apa-apa perkembangan. Sahabat terbaiknya di alam maya itu juga, tiada perkhabaran. Jadi siapa yang dia yakini sebenarnya???
Biarkan ALLAH menyimpan jawapannya, kerana dia yakin jawapan dan ketentuan ALLAH lebih sempurna daripada jawapan yang dia ada.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
"..Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati si dia itu adalah dosa.."
-ustaz Hasrizal : Iluvislam.com
ALLAHU AKBAR!!

Tuesday, 5 April 2011
SALAHKAH DIA(3)-BILA NALURI HATI DIINGKARI..
Hampir beberapa hari juga persoalan itu tergantung tanpa jawapan yang jelas. Sengaja dia menggantungkannya begitu. Bukan satu persoalan yang mudah untuk dia dalam memberi jawapan pada soalan insan yang sangat dia hormati sebagai seorang guru itu. Kebetulan pula dia sedang dalam kelemahan iman, jadi tidak mampu dia untuk menunaikan solat istikarah, juga solat wajib lima waktu sehari semalam. Rutin dan kebiasaan bulanan bagi seorang wanita. Atau di kalangan teman, istilah ini lebih biasa; ABC-ALLAH bagi cuti.
Sementara menunggu kewajipan itu ‘sah’, dia hanya bersoal biasa-biasa saja. Tertanya –tanya juga dia, siapakah hamba ALLAH yang sama kampung dengannya itu. Kenalkah dia dengan muslimin tersebut.? Sejauh mana? Sama sekolahkah dulu? Kenalkah juga muslimin itu dengan dia? Oh, terlalu banyak soalannya, tapi satu pun tidak terjawab lagi. Siapakah dia? Satu saja yang pasti, jikalau bukan senior kepadanya, mungkin rakan sekolah menengahnya dulu. Dia buntu seketika. Dia bukan seperti insan yang lain, masih banyak kekurangannya. Kepentingan diri dan kedua orang tua masih belum terjaga sempurna, jadi bagaimana dia mahu menjaga kepentingan insan lain? Dan itulah yang disua jawapannya. Nampak benar dia masih tidak yakin walaupun dia sememangnya inginkan seorang teman hidup yang mampu membimbingnya hingga ke akhir hayat. Seolah-olah dia cuba menafikan termakbulnya lafaz doa dalam setiap solatnya selama ini.
“Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku seorang teman hidup yang dapat membimbingku ke jalan syurgaMu..Amin..”
Kini, hampir termakbul doanya; hati pula berbelah-bahagi. Kenapa hatinya begitu ?
‘Tidak bersyukurkah aku? Atau ini sekadar ujian buatku? Mungkin kerana hati sudah mengharap pada yang lain maka lakuku begini?? Tapi...benarkah hatiku ini??’
Dan bila disuakan persoalan tanggungjawab yang masih tidak terungkai kepada guru tersayang ini, dia dibalas begini..
February 27 at 6:16pm
Allah adalah tempat mengadu paling hak, dan dalam melalui dunia yang walaupun sekejap, penuh dengan pancaroba, kita perlu teman penyokong..seseorang yang benar-benar boleh kita bersandar, faham dan sabar. Kalau awak nak kenal-kenal dulu pun boleh..saya tanya dia ya?
Tidak! Tidak sekali-kali. Dia terlalu malu kalau begitu. Tambahan pula dia sudah tidak begitu selesa berurusan dengan seorang adam yang bukan muhrim secara personal. Bila berurusan begitu, mudah saja terpesong laluannya. Dia takut begitu. Kerana itulah dia lebih selesa memilih jalan bercinta selepas pernikahan. InsyaALLAH..(tapi bila mana perkataan ‘nikah-kahwin’ hadir dalam diri, dia seperti cuba menghindari). Selalu. Ingkarkah dia?
Dan orang tuanya,“ ..walaupun dia tidak menjadi wali kepada saya, kerana menghargai jasanya yang menjaga saya selama 2* tahun ini, maka harusnya saya meminta suaranya juga cikgu..saya terlalu mahukan seseorang yang mampu memberi ‘jalan’ kepada orang tua saya, seperti saya. Siapakah yang akan faham, cikgu?.” dia menekan lagi. Dan, siapakah yang dapat memenangi keyakinan kedua orang tuanya nanti dalam keadaan dia sedang belajar begini yang masih berbaki 2 tahun lagi. Untuk pertama kalinya dia meluahkan rasa hati yang terpendam kepada insan terpelihara itu.
March 3 at 12:14pm
Takpalah.Kalau awak tak nak fikirkan. Takut beban pula di kepala.. Kalau perlu sokongan dari segi relationship, elok kawin @ prepare untuk kawin. Tanggungjawab memang berat, tapi hati lebih tenang, insyaAllah.. Allah kata “Aku jadikan kamu berpasang-pasangan supaya kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram”.. Tapi kalau perlu sokongan moral, saya ada!
Ah! Gurunya itu benar-benar memahami. Dan tidak silap sebenarnya apa yang dikatakan gurunya itu. ‘Aku jadikan kamu berpasang-pasangan supaya kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram’. Alhamdulillah, kerana mendapat ilmu baru..
Seharusnya juga dia berfikiran rasional dengan keadaanya sekarang sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu. Tapi dia tidak pernah akan menolak takdir jika itu kehendak ALLAH. Setiap aturan dan kejadian ada pasti hikmah disebaliknya nanti. Hanya ALLAH yang mengetahui apa yang perlu untuk hamba-hambaNya.
March 3 at 8:27pm
Siapalah saya cikgu nak mencari yang sempurna sedangkan saya masih tidak sempurna. Memadai bila ada yang dapat menerima saya seadanya dan mahu membimbing saya pada masa akan datang.
Lagi pun kuasa terima nikah bukan ditangan saya cikgu..saya serahkan semuanya pada ALLAH..soal jodoh memang saya tak kan mencari sebab saya tak pandai nak mencari yang terbaik..melainkan yang datang..bila ia datang sendiri kepada saya dengan jalan yang betul, berbatas dan syariat juga dengan izin ALLAH, bermakna dia memang jodoh saya dan saya diterima seadanya..
dan soal menjaga agama memang saya utamakan sebab saya perlukan itu untuk dunia dan akhirat saya..
Jujurkah dia bila berbicara begitu? Jujurkah dia?!
Fullstop! Cukup! Cukuplah bicaranya sampai di situ, kerana semakin banyak dia berbicara antara naluri, hati dan akal, semakin dia keliru. InsyaALLAH, setelah mampu akan dia usahakan istikharah dalam meminta petunjuk ALLAH. InsyaALLAH..
Selang beberapa hari dia melewati semula laman ‘facebook’nya. Tiada apa perubahan yang drastik, sekadar biasa-biasa saja. Di ruang ‘Friend Request’ menunjukkan seorang rakan sedang menunggu untuk di ‘approve’; mungkin. Secepat yang mungkin dia membukanya pada laman yang berasingan lalu dia ‘click’ ruang yang telah tersedia sebagai rakan. Serentak itu juga, seperti biasa dia membuka laman teman barunya itu. Sekadar permulaan untuk dia menggenali lebih dekat rakan barunya itu. Rakan barunya itu seorang muslimin. Selebihnya dia melewati ruang ‘wall’ rakan barunya itu. Sekadar melihat cara pemikiran kenalan barunya itu bagaimana, agar mudah baginya menyesuaikan diri. Tiba-tiba dia terlihat perkataan ‘Add as Friend’ lalu menyedari sesuatu. Agak pelik sebenarnya. Bukankah tadi dia sudah ‘click’kan ‘Approve’?
Dia kembali semula ke ruang ‘Friend Request’, meneliti semula nota yang telah tercatat di situ. Membaca perkataan ‘..by suggestion..’ saja, dia sudah terbaca nama seseorang di situ. Mana mungkin dia tidak kenal dengan nama gurunya itu. Dia tersenyum. Namun cepat pula matinya senyuman itu. Terfikir sesuatu sebenarnya. Dengan teliti dia membaca kembali nama rakan baru yan dicadangkan oleh guru kesayangannya itu. M.****! Dia kenal dengan baik muslimin ini. Dulunya mereka satu sekolah dan juga seniornya. Spontan sudah terasa panas di muka. Tiba-tiba terasa debar di hati walaupun ‘pertemuan’ itu bukanlah di depan matanya. Dia sudah dapat meneka sesuatu tujuan cikgunya itu mencadangkan muslimin ini kepadanya. Perlahan-lahan dia membuka koleksi gambar muslimin tersebut yang kebetulan tidak di ‘privacy’kan. Menunggu jaringa internet yang lembap menjadikan masa begitu lama. Dan semakin lama masa menunggu, semakin laju pula debaran hatinya. Bukan kerana gembira atau teruja, tapi risau itu lebih menguasai. Tidak dapat dia menjangka apa yang terjadi selepas peristiwa ini pada akan datang. Menambah muslimin ini sebagai rakan ‘facebook’ bermakna dia sudah menapak selangkah ke depan. Sedangkan dia tidak selesa memulakan dulu sebenarnya. Dia benar-benar risaukan kemungkinan akan datang itu. Risau pada kata hati sendiri. Buntu dalam membuat keputusan yang terbaik juga menjadikan dia resah begitu. Beberapa minit selepas itu, gambar muslimin tersebut terpamer di ruang laptopnya. Seniornya itu ternyata jauh perubahannya dari sebelumnya. Alhamdulillah. Berkopiah di kepala dan berjubah putih labuh! Sayangnya, dia masih tidak mampu bersuara lalu beralih laman. Dia melewati seketika laman muslimin yang sentiasa diingatannya itu; sahabat terbaiknya di alam maya! Setia. Kalaulah dia boleh berbicara seperti dulu dengan teman terbaiknya di alam mayanya itu, pasti banyak yang ingin dikongsikan. Terlalu banyak!
Berfikir tentang sesuatu yang belum terjadi dan jelas bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana memikirkan kemungkinan yang tidak nampak itulah yang sering membuatkan dia sakit kepala. Tidak tahu hendak berkongsi dengan siapa menjadikan dia semakin sesat dan buntu dengan keputusan sendiri. Dalam keadaan emosi begini, dia lebih senang berdiamkan diri. Diam namun mindanya masih berfikir, berfikir dan terusan berfikir. Sukar baginya untuk berkongsi tentang persoalan ini kerana mengetahui tidak semua akan memberi respon yang serius seperti yang dia inginkan. Bila itu yang terjadi nanti, betapa dia berasa itu sudah membuang masa. Akhirnya dia pendam, pendam , dan pendam. Betapa keadaan yang tidak mengizinkan dia solat ini benar-benar memberi tekanan. Betapa sudah terbukti sesuatu dalam firman ALLAH..
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.." (Al-Baqarah : 45)
SUBHANALLAH!!
***********************************************
TERMINAL 1 SEREMBAN
1.30TENGAHARI
4/03/2011
Dia memasuki sebuah restoran selepas ‘lari’ sekejap dari suasana kolej yang sesak dengan pelbagai ragam itu. Itu pun selepas dia selesai memberi komen pada ‘wall’ teman terbaik di alam mayanya itu, berkisahkan tentang sabar, iman dan ALLAH. Agak berat persoalan itu. Secara kebetulan sekitar pukul 11 tadi dia membuka laman sosial ‘facebook’ dan melewati laman teman yang dirindu itu. Melihat saja pada ‘wall’ yang ada perubahan dan penambahan membuatkan dia tersenyum. Dia cuba memberi komen walaupun agak malu kerana dia bukanlah seorang yang berilmu sangat seperti muslimin ini.
Tapi mungkin kerana berminat dan simpati dengan insan terpilih ujian ALLAH itu, maka dia ketepikan semua itu. Seperti mana dia pernah mempertahankan Islam di mata seorang rakan sekelas yang berbangsa cina dan seorang penganut agama Kristian bulan lepas, itupun isu poligami yang di kaitkan dengan maksiat dan sambutan Valentine. Astaghfirullah al adzim. Kerana disarankan, disokongan rakan-rakan melalui mesej dan ‘chatting’ dan kerana sayangkan Islam, maka dia pada masa itu juga sanggup ‘add’ teman sekelasnya itu demi memberi penjelasan secara terang dan berhikmah tentang salah faham tersebut. Bukan mudah untuk memberi dengan diterima terus tanpa dipersoalkan kembali. Buktinya, temannya itu menyambungnya di ruang chat walaupun waktu pada masa itu sudah mengjangkau pukul 1 pagi. Tidak cukup dengan itu, pelajar lelaki yang berasal dari negeri bumi kenyalang, Sarawak itu meminta pula untuk berjumpanya secara terbuka di kolej. Walaupun gementar jiwa memikirkan antara mempertahankan agama sendiri dan persahabatan, dia tetap bersetuju! Sememangnya isu itu mencabar keupayaannya sebagai seorang yang masih baru mendapat ilmu, namun mungkin kerana sudah menjadi isu semasa jadi dia sudah biasa dengan jawapannya. Apa yang pasti ia harus berlandaskan dalil yang tepat dan benar. Sikap rakan-rakan yang masih teragak-agak dan berdiam diri dalam memberi penjelasan yang terang kepada isu ini dalam laman itu juga menjadikan dia geram. Malah semakin menambah salah faham dan Islam itu dipijak-pijak di depan mata sendiri. Kerana itulah dia memberanikan diri ke depan. Dia tetap berpegang pada kata Kapten Hafiz,salah seorang penulis majalah, “lihat apa yang dikatakan, bukan siapa yang berkata”. Dia berani berkata, namun harus berhati-hati dengan kelemahan pada penyampaian kerana lumrahnya wanita selalu dipengaruhi emosi. Namun dengan lelaki penganut setia agama Kristian ini, berlembut, banyak menerima dan memberi semula iaitu melalui konsep bijak bermain psikologi menjadikan penyampaiannya sedikit berkesan. Akhirnya, tiada pula lelaki tersebut menemuinya ketika di kolej; jika bertembung sekalipun. Tetapi bunga-bunga pertembungan agama sudah nampak memutik sebenarnya di kalangan pelajar kelas pada masa itu. Manakan tidak, isu itu disuakan terang-terangan di dalam ‘facebook’ dengan ‘follow up’ daripada rakan kelas seramai 200 orang; ¾ daripadanya adalah pelajar Islam. Bukankah ramai itu?? Jika tidak semua. 10 orang pun sudah cukup untuk memcetus kekecohan. Baginya juga, untuk bercakap tentang isu sensitif ini bukan sebarangan cara. Harus professional dan 'open minded' dari pihak-pihak yang terlibat. Lantaran itu dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sehingga soalan diberi lagi. Itu lebih baik daripada mencetuskan sesuatu yang baru. Memadailah jika dia hanya menjawab soalan yang ditanyakan saja. Bukan memberi penjelasan kepada soalan yang tidak ditanya sehingga wujud salah faham yang lain pula. Antara sedar dengan tidak, dia dan rakan-rakan yang mengetahui secara senyap juga sebenarnya mengawal isu ini daripada tersebar kepada pelajar yang ‘aktif’ bersuara tin kosong kerana bimbang isu ini dipertuturkan dalam konteks emosi. Sangat bahaya bagi kedua-dua pihak kerana tidak mungkin akan ada yang mengalah dalam mempertahankan hujah masing-masing yang sememangnya betul kerana mengikut cara amalan masing-masing. Jika masing-masing menerangkan amalan masing-masing, tidaklah mencetuskan apa-apa (InsyaALLAH) tapi bila masing-masing mencari kesilapan antara satu sama lain, itu yang bakal menjadi bala. Nauzubillah!
Alhamdulillah, dengan izin ALLAH juga, persahabatan mereka semakin terbuka dan saling memahami prinsip amalan hidup masing-masing. Bukan mudah menjelaskan kebenaran kepada yang sememangnya sudah dari awal lagi menolak. Jalannya sangat panjang, dan dia tidak sekuat itu. Kerana pengalaman itulah, dia mencuba memberi buah fikiran walaupun tidak sehebat muslimin ini. Dia sekadar memberi.
Dia kembali ke alam nyata. Mengingat kepada e-mel yang dibaca sebentar tadi dia berfikir lagi. Sehinggakan dia pun terasa malu dan hina kerana mengganggap masalah dia-lah yang paling memberatkan hati. Rupanya ada lagi yang lebih berat dari permasalahannya di muka bumi ini.
“Ya RABB, betapa lemahnya aku..”
Sedang dia leka merenung persekitaran dengan pandangan kosong kerana melayan hati, dia di datangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini tersenyum dan lantas duduk di kerusi depannya tanpa meminta izin. Dia terkejut namun masih mampu mengawal riak muka. Sedangkan dalam minda sudah terbit 1001 soalan. Jujur, dia tidak kenal lelaki ini. Lelaki ini masih tersenyum, nampak ikhlas senyumnya sehinggakan dia cuba berprasangka baik. Selepas itu, lelaki ini menekapkan tangannya di telinga dan di mulutnya lalu menggeleng. Dia tercengang. Cuba memahami bahasa lelaki ini sebenarnya, dan sepertinya dia dapat meneka. Sejurus itu lelaki ini menghulurkan sekeping nota kecil.
Lebih kurang begini bunyinya..
“..kami dari golongan kurang upaya telah menjual hasil kerja kami. Apabila anda membeli ini bermakna anda secara tidak langsung telah membantu kami…”
Dia merenung kembali ke muka lelaki berbangsa cina itu. Lelaki ini masih setia tersenyum, sekaligus melembutkan hatinya yang beku sebenarnya. Beku kerana akal sudah buntu. Tidak sampai hati rasanya hendak menunjuk emosi pada yang tidak bersalah. Dalam hati dia berkata-kata pada diri.. ‘dia ada kekurangan tapi masih mampu tersenyum..aku ini hampir sempurna sifat fizikal pun masih lagi mahu merungutkah?? Bersabarkah aku??’ Dia berfikir sejenak..
Selepas itu dihulurkan 3 pasang keychain yang diperbuat daripada ukiran plastic keras, sepasang patung comel, sepasang ukiran berbentuk ‘LOVE’ dan sepasang bunga (kalau tak silap). Sedangkan sedari tadi dia masih membisu dengan senyuman masih terpamer di bibir, bisu sepertinya dia juga terjangkit dengan keadaannya itu. Dia membaca semula nota yang masih melekat ditangannya itu. Tertera sesuatu pada ayat akhir nota tersebut.
“ satu-RM 6, dua-RM10”
Hatinya tersentuh! Dia kira ini lebih baik daripada meminta-minta pada manusia dengan membawa saja kudrat tulang empat keratnya ke hulu ke hilir sambil meminta simpati tanpa ada usaha sendiri. Tidak seperti manusia pada masa sekarang yang hanya tahu meminta-minta tanpa mahu usaha sendiri. Bila tidak dapat, diumpat keji di maki, bila dapat sedikit merungut, dapat banyak pun masih tidak bersyukur. Sebenarnya peristiwa yang berlalu beberapa saat dari saat ini betul-betul memberi pengajaran kepadanya. Diakah manusia yang tidak tahu nikmat syukur itu? Diakah manusia yang rendah kesabarannya itu sehinggakan baru diuji sedikit dia sudah membawa diri jauh ke Terminal ini. Walaupun tujuan asalnya dia ingin pulang ke kampung untuk tenangkan fikiran, tapi tindakan itu seperti dia ingin lari daripada masalah saja. Sehinggalah dia mendapat pengajaran yang sebenar-benarnya pengajaran di saat ini! Kalaulah dia boleh terangkan pada lelaki ini bahawa dia bangga dengan usahanya dikala ini. Tapi dia tidak pandai hendak berbahasa isyarat seperti lelaki ini. Jadi dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk kecil sebagai tanda dia senang dengannya.
Dia tertarik pada ukiran yang berbentuk hati itu. Dia tidak tahu kenapa tapi yang pasti dia sedang bersoal tentang hati, kemanusiaan dan kasih sayang. Manakan tidak, di saat ini pun dia sudah bersoal tentang kasih sayang sesama manusia tanpa mengira sesiapa pun, cantik, buruk atau hodoh.Serentak itu dia hulurkan not merah RM10 kepadanya dengan senyuman masih setia di bibirnya. Lelaki ini menunjukkan riak gembira, menyebabkan dia makin melebar senyum. ‘Ya ALLAH, alangkah bahagianya kurasa pabila melihat insan lain tersenyum keranaku!’. Astaghfirullah al adzim.. Tidak! Maksudnya, membuatkan orang lain tersenyum adalah satu kejayaan yang sukar dicapai sebenarnya. Dan pabila sudah berjaya, itulah yang menggembirakan.
Lelaki di depannya itu tersenyum lagi. Dia juga. Selesai saja menyimpan baki keychain ke dalam beg, lelaki ini menoleh ke arahnya semula. Lelaki ini membuat isyarat mengambil bayangan wajahnya dengan tangan kanan lalu digenggamnya dan diletakkan ke dada sisi kirinya. Dia hanya memerhati tanpa memahami maksudnya. Seterusnya lelaki ini menyambung lagi dengan menunjukkan ibu jari sebagai isyarat ‘Good’ dan diarahkan jari telunjuknya kepadanya. ‘Maksudnya, hatiku baik? Astaghfirullah al adzim..tidak layak aku..’ dia terpana, tidak menyangka dia digangkat begitu sekali. Dia hanya mampu mengangguk lagi dan tersenyum..
Sebaik kehidupannya yang cukup segala, selesa dan mampu berdiri sendiri, siapa sangka dia miskin sifat mensyukuri nikmat. Jika ada pun cepat benar lupanya. Lelaki ini walaupun masih kekurangan namun masih mampu lagi tersenyum pada dunia dan membina hidup yang bermakna. Dia pula??
Selesai saja makan tengahari dia bergegas ke stesen bas untuk mendapatkan tiket balik ke Pahang. Tapi sayangnya sistem computer gagal mengeluarkan tiket jadi dia harus terus membayarnya di dalam bas nanti. Terasa seperti dia tidak diizinkan balik saja lagaknya keadaan ini. Tapi dia cuba bersikap tenang lagi lalu beralih ke kedai menjual buku dan majalah picisan di barisan kedai sekitar Terminal 1 tersebut. Sedari awal lagi dia sudah berniat untuk mendapatkan majalah islam ‘Solusi’. Sudah agak lama dia meninggalkan selakan pada majalah kegemarannya itu. Kebetulan pula tajuk kali ini agak menarik minatnya. ‘Mencipta Syurga Rumah Tangga’ Pastinya semua berkisarkan soal jodoh dan rumah tangga. Sekali lagi dia terpukul. Adakah ini salah satu daripada petunjuk ALLAH?
‘Ya KHALIQ teruslah bantu aku..!Aku percaya ajal maut jodoh pertemuan ditanganMu..’
Dia mendapatkan tempat diruang tengah tempat duduk awam dengan tujuan untuk pembacaan. Terasa tenang minda apabila membaca buku yang banyak memberi jawapan di saat dia benar-benar memerlukan. Betapa ALLAH melapangkan jalannya. Tapi hati ini masih terasa resahnya. Tidak tahu kenapa, yang ada di hatinya ini hanyalah ingin cepat sampai ke rumah. Dia rindu ibu..jiwanya rindu ketenangan..
Sedang leka membaca, seorang tua datang kepadanya. Si tua menghulurkan sesuatu nota kecil yang tertera pada kertas yang berwarna kuning. Bila diamati betul-betul..ohh..dia tercenggang lagi. Ayat seribu (1000) Dinar. Kata si tua itu..
“ambillah..nak bagi berapa pun pak cik tak kisah. Tak nak bagi pun takpe..ambil je dan amalkan..” dia memandang si tua itu dengan pandangan yang terharu.
Apakah si tua ini dapat menbaca isi hatinya yang hilang tenangnya ? Hinggakan disuakan padaku ayat suci ini demi memelihara hati ini daripada dimamah syaitan. Maha Suci ALLAH yang mengetahui segalanya.
Dia menghulurkan sekeping wang kertas dan si tua itu menerimanya dengan seulas senyuman. Si tua itu berpesan lagi..
“ amalkan baca selepas solat sebanyak tiga kali..insyaALLAH , bertambah murah rezeki..” dia pula hanya merenung kosong kerana mindanya sudah meneliti aturan ALLAH kepadanya ketika ini.
Tidak mungkin ini satu kebetulan melainkan dengan izin ALLAH juga. Mungkin ini sememang utusan ALLAH buatnya yang lalai ketika ini? Wallahu’alam..
Melihat pada ‘kebetulan’ yang banyak ini, membuatkan dia berfikir dan terus berfikir. Tanpa sedar sudah 1 jam dia menunggu ketibaan bas tetapi masih tiada. Agak lewat seperti biasa sebenarnya. Dia berkira-kira lagi. Memandangkan dia tidak membeli tiket lagi, jadi secara ikhlas dia membatalkan niat asalnya untuk pulang ke Pahang. Bila difikir-fikir dengan teliti inilah hikmah dari sistem komputer yang tidak berfungsi tadi sebenarnya. Tidak terasa ada pembaziran kerana dia masih tidak lagi membeli tiket. Sebaliknya dia menukar haluan dan berpatah balik ke belakang. Dia berjalan menuju ke stesen KTM semula dengan bisikan di hati agar dia cekal menghadapi dugaan selepas ini. Selagi dia meminta dan berusaha kerana ALLAH..insyaALLAH.. semuanya akan dipermudahkanNYA.
Di hostel, dia kembali menyambung membuka helaian majalah yang masih belum dibaca sepenuhnya ketika di terminal bas tadi. Ada satu tajuk yang menarik sebenarnya untuk dihayati. Pada majalah Solusi isu ke 29 itu dia membuka muka surat 36; Al-Kisah Tentang Jodoh. Ada sesuatu yang harus dia faham betul-betul tentang itu. Lalu dia sangat tertarik dengan kenyataan ini; dari seorang hamba ALLAH yang memilih jodoh melalui guru agamanya.
“ Pilihlah jodoh dengan dua cara. Cara pertama, jadilah orang yang baik. InsyaALLAH, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutilah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
Lebih membuka minda lagi bila dia membaca kenyataan ini; bila ada yang menyatakan menjadi orang yang baik satu proses yang panjang dan sukar menentukan sudah mencapai tahap orang yang baik atau belum.
“ Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang baik, insyaALLAH, ALLAH akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan yang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu akan direstui oleh orang yang baik!”
“ …Cuma sekali sekala sahaja ALLAH menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah…hikmah untuk kita, mungkin ALLAH hendak meninggikan lagi darjat orang baik ke darjat yang lebih tinggi, jalan untuk mendapat syurga.”
Subhanallah! Dia semakin jelas dan faham. Dan istikharah? InsyaALLAH, dia akan usahakan.
...bersambung...
SALAHKAH DIA…(2)-BILA BERSOAL TENTANG HATI..
Februari 2011
Pada siapalah dia mahu mengadu rasa. Pada teman-teman, tidak mungkin kerana mereka tidak pernah mengalami kisah itu, tiada di tempat itu; jadi tiada kefahamannya. Pada ibu tercinta juga tidak, kerana kisah hati itu tiada jelasnnya. Tambahan pula bukan satu kebiasaan nama seorang muslimin wujud dalam bicaranya. Jika ada pun, akan banyak soalan cepu cemasnya nanti.Tidak mudah. Lalu hanya pada alam maya jugalah tempat dia meluahkan rasa. Walaupun tiada sesiapa yang faham maksudnya, tapi mungkin lebih selesa begitu. Dia lebih selesa menyimpannya sendiri, dan meluah sekadar untuk meringankan rasa beban hati. Mungkin hampir setiap hari dia mampu meluahkan begitu. Dan mungkin dalam nada yang terang, atau mungkin juga dalam nada yang berkias. Itulah dia, terlalu sukar berterus terang. Jika ingin memyampaikan sesuatu pun, mukadimah yang panjang mendahului. Seringkali dia ditegur teman-teman kerana ‘kelebihan’ berkias itu. Jika terlalu bersahaja pula, sudah hilang bunganya. Sehinggakan terlalu jujur dan spontan. Kali ini dia masih gagal lagi mengawal nafsu rindu itu. (Astaghfirullah al adzim). Sehinggakan di ruang ‘status’nya dia meluahkan lagi.
"AKU RINDU MAK..AKU RINDU JUGA 'DIA' YANG DULU PERNAH JADI SAHABAT TERBAIK DI ALAM MAYA..SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI 'DIA'..AMIN-P.*"
Berani benar dia mempamerkan nama itu walaupun dalam singkatan. Ya, dia berani kerana yakin tiada siapa yang akan faham maksud singkatan nama itu. Namun dia silap. Lewat tengah malam dia kembali membuka laman sosial itu. Tidak tahu kenapa, apa yang pasti hatinya sedari tadi ingin berbuat begitu. Sehinggakan sanggup dia menumpang di bilik seorang teman semata-mata ingin menyedapkan rasa hati yang tidak tenteram itu. Nalurinya kuat meminta agar dia membuka semula laman sosial itu walapun sudah lewat begini. Bukanlah dia terlalu percayakan pada naluri hati tanpa pertimbagan akal yang waras, namun selalunya naluri hatinya jarang silap. Maka dia selalu mendengar kata hati dalam sesetengah perkara; termasuk juga pada kali ini. Jika masih ada silapnya pada naluri hati itu, tiadalah juga dia rugi. Tapi andainya naluri itu ada kebenarannya, pasti terasa kesal di hati walaupun prinsipnya dia jarang menyesal dengan setiap keputusan yang telah dia buat. Baginya kehidupan ini satu perjalanan ke depan. Jika ada kesilapan sekali pun, harus diperbetulkan dalam langkah ke depan. Bukankah yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu. Jadi pembetulan dan kehidupan juga jalannya ke depan, namun masih berpandukan sejarah silam.
Melewati dahulu ruangan utama, dia sudah terlihat satu nota sedang menunggu. Tenang, seperti biasa dia membuka laman nota tersebut; ada seseorang telah memberi komen pada ‘status’ terakhirnya sebentar tadi. Debar hati semakin jelas bila dia membaca ayat yang tidak disangka itu. Ada jawapan dan persoalan di situ.
" Saya tau siapa dia.. Apa hubungan awak dengan dia?"
Agak tersentak, dia sudah mula terasa rimas. Serba salah jadinya pada tindakan yang dia tidak sengajakan itu. Lagi rimas bila dia dipersoalakan tentang hubungan. Malahan hampir saja melibatkan nama yang tidak bersalah. ‘Akukah yang bersalah?’ dia masih bersoal dalam hati. Selepas itu dia melewati pula laman muslimah yang memberi komen tersebut. Melihat pada ‘status’ terakhirnya pada satu jam lalu, dia berfikir lagi.
" Kenapa semua orang nak rampas kebahagiaan aku??"
Dia mula merasa sepertinya ada kaitan. Tapi sejauh mana benarnya? Spontan dia teringat pada ‘status’ muslimah itu sebelum ini. Agak selalu juga dia melewati ‘status’ muslimah ini; bukan sengaja sebenarnya. Melalui laman muslimin itu, dia menambah muslimah ini sebagai sahabat. Seperti biasa, dia lebih gemar membuka laman setiap teman yang baru dia ‘add’ sebagai langkah awal dia mengenali rakan alam mayanya. Dia sedaya upaya cuba mencari perkaitan antara hari-hari sebelumnya dengan situasi pada masa ini. Terdapat banyak yang berbaur perasan, marah, sedih, sayang dan kecewa. Apakah ini sudah jelas atau dia harus mencari lagi? Secara tidak sengajanya, dia adalah seorang wanita yang berjiwa suka mencari, apatah lagi pengalaman menjawat pengawas sekolah selama 5 tahun dulu masih ada auranya dalam diri. Cekap mencari maklumat dan menhabiskan pencarian itu seperti sudah biasa bagi dia. Terpulang pada cara dan masa saja.
‘InsyaALLAH, akan aku usahakan..’ dia bertekad dalam hati walaupun hampir berasa lemas.
Setelah penat memikirkan soalan yang tidak terjawab itu, dia bingkas bangun meninggalkan laptop kesayangannya dan berlalu ke ruang tamu. Menyandar di sofa empuk saat begini terasa selesa sedikit, walaupun tidak pada hati. Mungkin agak jelas riak wajah yang berubah, seorang teman menegur. Bertanyakan persoalan kenapa. Seperti fitrahnya juga, pasti setiap soalan ada dan mahukan jawapannya. Semakin disoal, dia semakin mudah bersikap jujur sebenarnya.
‘Ya ALLAH…tenangkan hatiku agar aku dapat menjawab persoalan ini dengan terkawal dari amarah dan nafsu..’.
Apa yang penting, dia harus bijak mengawal situasi agar tidak terjadi apa yang tidak diingini. Muslimah ini belasan tahun usianya, sedangkan dia pula lebih berusia empat tahun. Jadi, harusnya dia bersifat lebih terbuka, menerima dan memahami jiwa seorang remaja yang selalu dikaitkan dengan gelaran ‘berdarah panas’ itu. Malahan dia yang sudah mencecah dewasa pun kekadang masih seperti usia belasan lagi lakunya. Cepat melenting dengan sesetengah tekanan dan pantang dicabar. Itulah kelemahan dan perubahan psikologi bila mempunyai kakak dan abang;manja. Namun dia juga mampu menjadi seorang kakak kerana dia mempunyai empat orang adik.
Secepat yang mungkin dia memadam ‘status’nya yang mencetuskan konflik itu. Dia harus mengawal sesuatu dan membetulkan sesuatu sebenarnya. Lalu dia menaip sesuatu pada ruang ‘wall’ muslimah itu. Setenang bicara hati, dia mengatur kata..
"..siapa pun 'dia'..samada adik kenal 'dia' dan meneka dengan tepat atau tidak..jujur..'dia' sekadar teman di fb..tidak lebih dan tidak kurang daripada itu..
temanku ini penuh dengan hikmah dalam memberi peringatan..maka dengan itu aku menghargainya..rindu 'dia' bukan bererti rindu jasadnya..rindu 'dia' juga mungkin bererti rindu pada identitinya yg sering mengingatkan aku pada ALLAH..’dia’ yang hanya kukenal di alam maya. Namun andai itu sudah mampu menerbitkn salah faham, fitnah dan dipersoalkan, harusnya aku hindari daripda menjadi racun pada hati yang salah mengerti…dik, maaf dari akak ikhlas dari hati. Wasslam.."
******************************************************************
Sudah diciptakan dia berjiwa mencari, maka dia akan sentiasa mencari sehingga berasa puas hati. Masih kabur pada pandangan mata hati, maka dia membuat keputusan untuk menghantar mesej kepada muslimah ini, sekadar ingin mengenalinya dengan lebih dekat dan ingin tahu apa yang tidak dia ketahui sehingga muslimah ini beremosi dengannya. Dia juga tidak tahu apa rasionalnya sehingga dai masih ingin tahu.
‘Izinkan aku Ya ALLAH…’
Lalu dia memulakannya dengan salam yang mulia itu…
February 26: 10.50pm
Assalamualikum wth..maaf dik..akak nak tanya..boleh akak tau,kenapa tiba-tiba pula keluar soalan "apa hubungan akak dengan dia"
and..adik teka siapa ya "dia" tu?
harap tak ada salah faham lepas ni..:)
Dia cuba bersahaja sebagai mukadimah..
February 27:11.30am
Tak ada apa-apa..sebab dia kawan saya di alam realiti..p.*..
Tepat!
Dia cuba menerangkan lagi,menekan pada yang jelas..
February 27 at 12:29pm
Maaf,ayat tu terang kan..kawan terbaik di alam maya..
jadi..tak ada salah faham kan..tak perlulah dipersoalkan lagi hubungannya..nanti orang lain baca salah faham pula.sebab tu akak ‘delete’ status tu..
apa-apa pun akak minta maaf ya kalau ada yang tak kena dan salah sehingga dipersoalkan macam tu..sampaikan salam persahabatan akak pada p.*..
February 27 at 12:34pm
Ya..insyaALLAH..
maaflah kalau tindakan saya macam beremosi sangat..
‘Dia bijak meneka. Itu bermakna dia juga seorang yang cekap menilai situasi. Apakah selama ini sedang aku memerhatikan orang lain, maka aku juga sedang diperhatikan?’ hatinya bersoal sendiri. Dan dia tiada jawapannya. Lalu dia bermain kata lagi..
February 27 at 12:36pm
Erm..beremosi? boleh akak tau kenapa?
Dia benar-benar ingin tahu..
February 27 at 12:43pm
Demi nama dia, saya rasa lebih baik akak tak tau tentang tu..harap akak faham sendiri..
"…harap akak faham sendiri?" apa yang harus dia faham, sedangkan dia tidak pernah tahu apa-apa pun. Terbersik rasa marah sebenarnya bila membaca ayat terakhir itu. Apakah terlalu hebatnya manusia berbanding ALLAH sehinggakan nama manusia dijadikan syarat?? Kerana itulah dia membalasnya begini..
February 27 at 12:55pm
Demi nama dia?
DEMI ALLAH..berterus teranglah supaya tak ada salah faham dan semuanya terang..
kenapa harus ada rahsia sedangkan berkawan itu tiada rahsia kan?..mungkin ada yang harus diambil pengajaran nanti..
berterus teranglah dik..:)
Dia memujuk lagi. Semakin muslimah itu cuba mengelak, semakin dia ingin tahu kebenaran kisahnya. Namun agak tergendala bila sudah tiada balasan dari muslimah itu. Sehinggakan dia mengeluarkan cadangan begini, cepat saja mesej ‘facebook’nya berbalas.
February 27 at 1:02pm
Atau akak perlu tanya sendiri pada dia?
Dan dia sungguh-sungguh maksudkannya.
February 27 at 1:10pm
Emm..sebenarnya kita orang dah 2 tahun kenal...dipermudahkan cerita,…………………………………………………………………………………………………………..akhirnya dia cadangkan agar kami berkawan..
Dia tersenyum membaca tulisan yang panjangnya 10 baris dan hampir mencecah 150 patah perkataan itu.
February 27 at 1:32pm
InsyaALLAH..kalau kita memelihara cinta ALLAH..ALLAH akan memelihara apa yang kita ada..:)
Tanpa berniat memberi harapan, dia memberi jawapan positif.
February 27 at 1:33pm
Saya sayangkan dia sangat-sangat..sebab dialah lelaki yang mampu membimbing saya..doakan hubungan kami berkekalan ya kak..
Terlalu jujur muslimah ini. Seperti muslimah ini sudah mengikat kejap hatinya pada seorang lelaki.
February 27 at 1:34pm
Kalau jumpa lelaki macam tu..siapa tak sayang dik..
pakej yang cukup..open minded,tegas tentang agama tu yang mahal dalam diri dia..
Kini dia pula yang bersikap jujur..‘siapa tak sayang..??’
Muslimah ini nampaknya semakin selesa sehingga dia meluahkan segala harapannya dalam terang. Dia juga seperti setia ‘mendengar’ dan…adakah dia sekadar ‘mendengar’ dengan hati yang kosong?
February 27 at 1:39pm
Cuma ALLAH saja yang tau betapa sayangnya saya pada dia..Ya ALLAH, perrmudahkanlah hubungan kami dalam menuju jalanMu..
Muslimah ini meminta lagi.
Dan dia..
Cukuplah dia mengakhirinya dengan lafaz ini demi sebuah kesenangan hati dan kelapangan fikiran..
February 27 at 1:55pm
Berusaha dengan nama ALLAH..insyaALLAH semuanya akan dipermudahkan..
Hampir lengkap ceritanya. Benar atau tidak harus ada penjelasan dari pihak kedua juga. Sayangnya penjelasan itu sepertinya tidak penting kerana masih tiada balasan . Lalu dia cuba mengabaikannya walaupun hati masih tertanya-tanya. Spontan saja dia teringat kisah puteri Rasulullah, Fatimah al-Zahra dengan Sayidina Ali...Adakah..Ah! tidak layak dia untuk menilai sebarang kemungkinan takdir ALLAH. Dia hanya mampu meminta yang terbaik untuknya, dia dan 'dia'. Amin..
Dan kisah dia??
Tiada tercatat dalam sejarah islam sebenarnya. Itu yang membuatkan dia tersenyum sendiri.
" Dia sehebat Yusof, tapi aku tidak sehebat Zulaikha..."
Dia juga terlalu serba salah. Bukan kerana muslimah atau muslimin itu. Tetapi kerana dia menerima lagi satu soalan yang sama untuk kali ketiga. Bukan dari siapa-siapa, tapi dari insan yang dulunya pernah mencurahkan ilmu kepadanya, bertemu kembali setelah hampir dua tahun tidak bersua bicara. Itu pun melalui ruangan alam maya juga. Dia tergerak hati untuk menaip nama guru kesayangannya itu, lalu dia menemuinya. Alhamdulillah, dia bersyukur. Dengan kuasa ALLAH, setiap yang terjadi ada sebabnya. Begitu juga dia, bersuanya kembali ukhuwah dengan gurunya itu membawa satu persoalan berat untuk kali yang keberapa pun dia sudah lupa kiraannya. Melalui ruang mesej ‘facebook’ mereka bersua bicara. Bermula dengan bicara khabaran, dia dan guru kesayangan itu bersoal pula tentang aktiviti kumpulan jemaah yang pernah dia sertai aktivitinya dulu. Walaupun sekadar tempoh dua hingga tiga bulan, namun ia sungguh bermakna. Pengisiannya mantap, dan kerana itulah dia terlalu rindu pada jemaah amar makruf nahi mungkar itu. Banyak ilmu yang dia dapat melalui aktiviti kumpulan usaha agama itu. Akan tetapi, semakin lama persoalan bicara mereka semakin mendalam.
February 26 at 7:59pm
It's ok, dear..when ever you are free. During holidays, i suppose..are you married? Or do you have someone in life already?
Dia terkesima untuk sekian kalinya. Walaupun terasa lain pada soalan itu,dia masih jujur menjawabnya. Demi membuang rasa hati yang galau lalu disoalkan jika khabaran itu datangnya dari siapa. Dan ini jawapannya..
February 27 at 1:03pm
No,tapi ada seorang x-student saya yang sekarang istiqamah buat usaha jemaah agama ni, kerja kat JB (Johor Bahru). Dia nak cari yang menjaga agama untuk jadi isteri. Bukan nak kawin segera, next year ke gitu. Awak nak kenal dia? Orang keratong la juga..
Kiranya persoalan ini yang membuatkan dia semakin lemas sebenarnya. Menjawab dua persoalan pada satu masa yang sama. Pada hari yang sama, Cuma waktu saja berbeza. Sekali lagi dia harus berfikir dengan jiwa yang tenang.
" Ya ALLAH.. berikan aku petunjuk-Mu.."
(Bersambung….)

SALAHKAH DIA(1) ANDAI RASA ITU HADIR....
Januari 2011
ASSALAMUALAIKUM W.T.H…
BISMILLAH..DENGAN NAMA ALLAH…
Sahabat…
Semalam dan hari-hari sebelumnya, adalah kenangan yang indah untuk dikenang. Semalam dan hari-hari sebelumnya, banyak mengajar kita erti persahabatan dan ukhuwwah sesama insan. Semalam dan hari-hari sebelumnya, adalah waktu-waktu yang kita lewati; mungkin pengisiannya secantik akhlak, seindah bicara, semanis budi dan seindah pekerti. Mungkin juga masih terselit segaris kecacatan tingkah, sesaat keasyikan perasaan, setitik hitam nafsu, sehingga membuatkan kita leka dan hampir tersasar seketika.
Esok masih belum dijanjikan untuk kita, aku atau untukmu..
Esok tidak pernah dijanjikan untuk kita, aku atau untukmu walaupun satu helaan nafas..
Walaupun untuk sekali celikan mata..
Untuk segaris senyuman..
Juga..mungkin tidak dijanjikan untuk sepatah bicara, sekalipun untuk yang terakhir kata..
Aku.. ingin khabarkan padamu tentang sesuatu.
Sesuatu yang harus dirimu tahu dan faham tentangnya.
Ketahuilah olehmu wahai hamba ALLAH yang terpelihara…
yang cantik akhlaknya..
yang baik budinya..
yang indah pekertinya..
yang kental jiwanya..
yang kuat imannya..walaupun berdiri bersama seorang hawa
Aku ini..
Terlalu buruk akhlaknya..
Terlalu cacat budinya..
Terlalu hina pekertinya
Terlalu rapuh jiwanya..
Terlalu lemah imannya..pabila berdiri bersama seorang adam
Dan kerana itu..
Aku berusaha menjauhi insan adam..
Biar bagaimana cara sekali pun..
Jika masih tidak..aku sedaya upaya tidak mahu melibatkan bicara peribadi..
Apa yang aku ada, tetap milikku..
Jika ia menjadi milik yang lain pun..harus berbatas
Juga pada jalan yang halal jika perlu..
Aku tidak senang untuk berkongsi peribadi yang aku ada..sepertinya aku menjual kelebihan yang belum tentu benar pada penilaianku sendiri..
Maka aku selalu sedar diri bahawa aku ini masih jauh dan terlalu kurang amalannya..
Masih setia mencari, sedangkan apa yang kucari masih kabur pada pandangan mata..
Betapa ia benar-benar menguji kesabaranku!
Aku tidak tahu bagaimana penilaianmu pada peribadiku..
Aku juga tidak mahu tahu tentang itu..kerana apa yang telah kau nilaikan adalah hakmu..
Sudah pasti juga ia lahir dari cara aku selama berbicara denganmu..
Dan jangan salahkan aku jika aku tidak menjadi diriku yang sebenarnya selama berbicara denganmu..
Kerana aku merasakan ada perkara yang tidak perlu aku untuk jadi begitu..
Namun itu tidak bermakna aku tidak jujur dan bersikap tidak benar pada bicaraku..
demi ALLAH..tiada dusta pada apa yang telahku bicarakan selama denganmu..
Bagiku..menjadi yang terpelihara dengan diri sendiri sudah cukup untukku..
Selebihnya..harus ku usahakan demi menjadi yang terbaik disisi agamaku..
Aku juga faham andainya kau bersoalkan aku tentang sesuatu yang menegur..
Aku juga mengerti kerisauanmu sebagai seorang hamba ALLAH yang mengambil berat perihal umat..
Aku jujur..adakalanya aku rimas dengan persoalanmu yang selalu meminta jawapan tepat dan jelas..
Namun dalam masa yang sama aku bersyukur kerana masih ada utusan ALLAH yang sudi mengambil berat dalam soal agama untuk kepentingan bersama..
Saat pertama mengenalimu wahai hamba ALLAH…
Aku selesa dengan caramu yang bersahaja..
Sangat selesa sebagai teman bicara dan berkongsi cerita..
Namun semakin hari aku menyedari sesuatu.
Sampai bila aku dan kau akan begini, mengisi ruang alam maya dengan bicara yang kadang-kadang agak tersasar walaupun tidak selalu…
Tapi jika ia berlarutan, awaslah kita pada bisikan syaitan dan nafsu..
Jadi..kukira..lebih elok jika kau dan aku berbicara pada ruang terbuka..
Cukup saja hanya pada ‘wall’ atau ‘status’..
Dan bukan lagi tertutup pada ruangan ‘chat’..ruang yang tiada segan pada cara dan bicara, kukira..
Sedangkan peluang godaan syaitan sentiasa terbuka..
mencari peluang untuk menjatuhkan..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
"Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’
Aku tidak suka untuk menjatuhkan imanmu sedikit demi sedikit…
Kerana aku wanita dan kau lelaki tanpa ukhuwwah yang halal..
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
Ah!
Mungkin mudah bagimu menghindarinya..tapi tidak bagiku..
Pengalaman mengajar aku begitu…sehinggakan aku takut pada ukhuwwah yang tiada benteng seperti ini..dengan sesiapa juga..
Maka tidak aku hiraukan jika meraka ingin katakan aku sombong..
Apalah nak kukirakan pada kesombongan itu kalau nak dibandingkan dengan murka ALLAH jika aku tersalah langkah sekali lagi nanti..
Sombongnya aku pada yang haram..
Sombongnya aku pada yang menghanyutkan..
Sombongnya aku pada yang menghancurkan iman..
Sedangkan lompang semalam masih aku berusaha untuk merawatnya..
Jatuh bangunnya aku..harus kuteruskan perjalanan..
Turun dan naiknya imanku..harusku pertahankan kedudukannya dalam diri..
Aku sebagai insan yang berjiwa lemah akan rapuh pada tumpuan dan perhatian yang tak terduga..
Apatah lagi pada saat aku seorangan di bumi asing..
Kebimbangan..pada perasaan sendiri..
Kebimbangan pada keinginan diri..
Jika nanti aku sudah selesa dengan kehadiranmu saban hari..
Mendengar kisah yang kuriwayatkan..
Menegurku salah dan silap..
Menunjuk laluan yang betul..
JIKA..
Nanti sampai hari kau akan hilang dari taipan jariku pada ruang maya ini..
Sudah pasti aku akan hilang jalan kerana sudah terbiasa dengan haluan yang sering kau berikan..
JIKA..
Nanti kau hilangkan diri bersama teguranmu..maka sudah pasti aku semakin gagal menjaga diri sebaik mungkin..kerana aku sudah biasa malahan masih ingin dijaga dengan teguran..
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM…!!!!!!!!!!
JIKA NANTI…
Sampai satu masa..
AKU TANPA SEDAR MENYAYANGIMU MELEBIHI SEBAGAI SEORANG SAHABAT..
menjadikan yang haram kepada halal..
Pada jalan yang salah..
Bukankah itu akan menghancurkan diriku sendiri???
*maafkan aku andai aku tersilap bicara dan agak keterlaluan..tapi aku sedaya yang mampu memikirkan kemungkinannya..kerana hanya aku yang tahu kekuatan dan kelemahanku..dan hanya kau yang tahu kelemahanmu juga kekuatan dirimu..semoga ALLAH melindungi segala urusan kita..biar kita formal di umum.teruskanlah menulis kerana ALLAH..kelak kulewati notamu..:)
Wassalam….
Dia merenung warkah itu. Entah untuk kali yang keberapa, dia sendiri pun tidak tahu. Nota yang pernah dia kirimkan kepada seorang teman melalui ruangan nota ‘facebook’ suatu masa dulu. Apa juga yang dia cari, selalunya dia sendiri pun tidak pasti. Namun yang pasti, dia benar-benar merinduinya sehinggakan dia merenung kembali nota taipan tangan yang penuh dengan kekotoran ini . Rindu?? Ah, perasaan itu! Terasa berdosanya pabila merindui seorang yang bukan muhrim baginya. Apatah lagi hamba ALLAH ini hanyalah temannya di ruang maya sahaja. Tidak layak dia berperasaan begitu sebenarnya, tetapi bisikan syaitan itu sentiasa hadir tatkala hati leka dan lalai daripada mengingati ALLAH.
"Betapa hinanya aku Ya ALLAH pabila masih gagal mengawal nafsu hati. Astaghfirullah al adzim…" bisiknya hati yang kotor itu.
Seketika dia melewati laman ‘facebook’ muslimin hamba ALLAH itu. Masih juga sama seperti sebelumnya. Tiada perubahan atau penambahan pada ruang ‘wall’ atau ‘status’nya. Samada sengaja atau memang tidak sengaja, sudah tiada pembaharuan lagi setelah dia layarkan warkah yang dia sendiri tidak inginkan itu. Tapi dia harus demi memelihara imannya juga iman hamba ALLAH ini. Pada yang lain mungkin terlalu kecil gugatnya, tapi tidak pada dia. Kerana sudah mula terasa goyah dengan diri menyebabkan dia menarik diri dalam paksa rela. Sedangkan dalam hati, dia amat senang dan memerlukan hamba ALLAH itu kerana selalu mengingatkan dia pada yang hak. Hamba ALLAH itu selalu memberi laluan di kala dia dalam kesesatan, terpesong laluan. Namun semakin hamba ALLAH itu memberi laluan, semakin dia sesat dengan perasaan sendiri.
"Betapa aku menyalahgunakan kesempatan itu Ya ALLAH!"
Mengingatkan semua kesilapan itu, dia selalu megeluh sendiri. Dia meraup wajah yang sudah terasa panas ketika ini kerana terasa pedihnya di hati. Dia kembali merenung ruang sosial alam maya itu. Kembali meneliti ruangan ‘wall’ setelah realitinya di ragut khayal sebentar tadi. Di ruangan yang ada hanyalah nota-nota lama dan dia mengulang membacanya, kembali memahami isian ilmu yang dia sendiri kadang-kala lupa dan alpa itu. Sememangnya ilmu ALLAH itu terlalu luas dan tidak terjangkau oleh akal. Dan di ruanga ini, satu-satunya ruangan yang dia temui jaringan ilmu itu. Semuanya bermula bila dia mencari semula blog yang dahulunya dia temui dalam sebuah majalah. Dia tidak pasti nama blog itu, tapi silapnya dia mencari pada ruangan ‘facebook’, bukan pada ruangan blog seperti yang sepatutnya. Sehinggalah dia membaca ‘Favorite Quotations’ hamba ALLAH itu, dia terus tertarik untuk mendekatinya sebagai seorang sahabat. ‘Namanya’ secantik yang dilafaz, maknanya seindah yang didambakan oleh jiwa-jiwa yang dahagakan cinta ALLAH. Sepertinya juga yang selalu mendambakan ia dalam jiwa bagi orang-orang yang telah mencintai islam.
Saat pertama kali dia ‘chat’ dengan hamba ALLAH ini, semuanya bermula dengan bersahaja. Permulaan kata nama ‘aku’, ‘kau’, ‘kamu’ telah menjadikan dia selesa untuk berkongsikan apa saja cerita. Dia yang terlalu banyak bicaranya kadang-kadang tersasar cara sampaikan dia terlalu selesa untuk menceritakan apa juga yang dia rasakan, baik yang dia ragukan ataupun yang dia senangi. Itulah dia. Permasalahan ummat itu menjadi tajuk utama. Persekitaran barunya yang agak pincang juga menjadikan dia terlalu ingin mengadu pada yang ingin mendengar seperti hamba ALLAH itu. Segala yang dia lakukan akan dia jujurkan pada sahabat yang suka mengambil berat ini; pada sesiapa juga. Dia lebih senang begitu agar dia tidak dipandang setinggi langit kerana dia juga manusia yang serba kekurangan. Jadi tiada pentingnya dia membina asset diri sehingga dia menjadi riya’ dan ujub pada diri sendiri. Tapi itu bukan bermakna dia akan mencari fitnah untuk diri sendiri. ALLAH selalu sayangkannya. Jika tersasar cara, cepat saja pengajarannya tiba. Pernah suatu masa dahulu dia dipanggil pelacur hanya kerana dia keluar lewat malam. Sedangkan itu adalah kali pertama dia keluar lewat sebegitu kerana menyambut hari jadi seorang teman. Tapi silapnya dia melencong langkah ke arah lain. Mengikuti teman tanpa suara yang tegas menjadikan dia sesat seketika. Sudahnya dia pulang ke hostel sekitar pukul 4pagi. Pada masa itu keadaan antara dua, samada mahu membiarkan rakannya itu berdua dengan bukan muhrim atau dia harus menemaninya di lewat malam dan di awal pagi begitu, menjadikan dia tersepit dan terperangkap sendiri. Mendengar kisah yang agak memalukan itu, terusan saja hamba ALLAH ini melarangnya keluar malam. Dia terkejut, tapi masih memikirkan logik dan rasionalnya. Kiranya detik itu adalah permulaan yang menjadikan dia semakin selesa dan sayang kepada hamba ALLAH terpelihara itu. Bermula dengan sebagai sahabat di alam maya, namun pabila setiap hari menyusun bicara, hati manalah yang tidak terusik.
Dia benar-benar tidak menyangka akan menginginkan pemilik nama ini. Dia tidak menyangka bahawa dia benar-benar inginkan ‘iman’ itu. Tetapi pabila dia menyedari rasa diri yang tamak dengan kasih sayang yang ALLAH berikan, dia mula menjauh diri kerana sedar sayang itu tidak pada tempatnya. Sayang itu mungkin akan menjatuhkan dia dalam jurang nafsu.
Hampir sebulan juga dia tidak mendengar perkhabaran daripada hamba ALLAH itu. Tidak pula dia tahu sebabnya jika setiap kali dia melewati ‘wall facebook’nya masih sama seperti dulu. Tapi semakin dia melewati ruangan itu, semakin rindu pula dia pada hamba terpelihara itu. Dia merindu pada ingatannya dan pesanannya sebagai seorang sahabat itu. Hasil tulisannya yang bersahaja tetapi jujur dan banyak kebenaran, sememangnya selalu membuatkan dia ketawa, kadang-kadang menangis dan juga sedar diri. Walaupun dia kerap kali terasa hati, tetapi dia bersyukur kerana itulah tandanya dia masih sedar akan kesilapan dan kekurangan diri.
"Alhamdulillah..ku bersyukur untuk rasa itu."
March 6 at 11:30pm Assalamualaikum wth sahabat...
Apa khabar? harap sihat ya dengan izin ALLAH..
aku ni selalu hantar surat maya kat kau kn..tapi kau tak pnah balas pn.Dan takpe pun..
Tapi aku rindu plak nak cakap dengan kau.
Jangan salah faham tau..aku rindu sebagai seorang kawan..kalau terlebih rindu tu..insyaALLAH,aku pulangkan rasa tu pada ALLAH..minta dipelihara dari godaan syaitan..:)
Dan kali ni aku menulis lagi pada kau..
nak buat macam mana sahabat, aku ni memang suka menulis..
tapi bila aku sudah mula menulis nanti, aku tak beri jaminan akan berhenti..kadang-kadang ayat berbunga-bunga..nak buat macam mana, aku ni telah dijadikan dengan jiwa yang seni(macam ayah aku..hihi) tapi alhamdulillah..aku xpnah gunakan lagi tuk ayat orang tau..cuma ada jg yang terkesan bila aku terkias sikit.hurmm...
Aku xtau kenapa aku menulis pada kau ni..
oohhh...maaf ya,lupa aku.minta maaf dulu sebab ganggu kau masa ni.Malunya aku datang 'rumah' orang,mganggu dan tak minta izin dulu..:P
Aku nak bagitau nie..
jangan marah tau..
erm...
Aku rindu nak berkomunikasi dengan kau sebenarnya..tapi bukan macam dalam ‘chat’ tu tau..
aku tak berkenan macam tu..tak selesa..
kalau macam ni best..i meant just be like a writer..by a letter..
sebenarnya aku tengah mood sempoi nie..tengah mood tak tau malu..sebab tu aku boleh tulis macm ni..
kalau tak..lain ayatnya..hehe..
erm..
Aku tak harap kau balas sebenarnya..
Tapi jangan marah tau kalau kau selalu dapat surat macam ni lepas ni..
Aku memang suka menulis surat macam ni kat member-member aku..tak tau kenapa tapi yang pasti bila kita menulis macam ni..ianya datang dari hati, bukan dari akal semata-mata..aku pun tak reti nak terangkan maca mana..dan apa bezanya yang datang dari akal atau dari hati.Tapi siapa tau kau ada jawapannya.Sebab kau ni memang bijak untuk memberi jawapan.Alhamdulillah..
Baru-baru ni aku ada baca komen kau tentang gadis malang yang kau nyatakan dalam wall tu..
Maaf lagi ya..dah lama aku tak ketawa baca ayat sempoi kau tu..tapi lagi banyak pengajarannya dari situ.Terima kasih.
erm..
Takpelah..aku nak minta diri dulu.
Maaf sekali lagi kalau aku buat kau tak selesa pula.
Doakan aku supaya tak salah salurkan rindu..
Yang itu paling aku takut sebenarnya..
Kalau ada sebarang silap dalam surat maya aku ni, kau tegur sajalah.aku terima..
sekian..wassalam..:)
astaghfirullah al adzim..
Dia baru saja selesai membaca surat yang pernah diutuskan di alam maya suatu masa dulu. Agak bersahaja, namun terasa malu pula bila membacanya semula. Apakan daya, tulisan itu sudah di poskan melalui alam maya. Dapat dikira, ini untuk kali ketiga dia mengulang membuka dan membacanya semula. Entah apa yang dicarinya, dia sendiri pun tidak dapat menjawabnya. Hendak membaca balasannya, hamba ALLAH itu tidak pernah membalasnya walaupun sepatah perkataan menjawab salam.
"Mungkin dia menjawabnya, tapi tidak perlulah dituliskan padaku" dia cuba berbaik sangka.
Tidak mengapa, dia tidak pernah meminta untuk dibalas surat itu ; walaupun hati berkata ya. Dan kerana itu, dia tanpa sedar telah meleraikan mutiara jernih dari kantung mata bundarnya. Dari mata yang hamba ALLAH itu pernah bersuara, matanya ini terlalu tajam pandangannya. Ah! Kiranya insan itu bukanlah insan yang pertama yang dapat melihat kelebihan ciptaan ALLAH itu. Namun dia dapat membuktikan kenyataan teman-teman selama ini. Dan dengan kenyataan itu juga jelas menunjukkan hamba ALLAH ini amat teliti penilaiannya. Dan rakan-rakan sekampus, sehinggakan dia termenung pun, sudah ada yang tunduk mengalah pandangan kerana sangkaan dia sedang merenung mereka. Malahan tidak mahu bertentang mata pun ada, walaupun sesama perempuan. Betapa mata itu membunuh jiwa-jiwa yang memandang ke arah matanya. Subhanallah..
Merasakan titisan panas sudah mula bergenang dipinggir mata, lantas dia menundukkan muka disisi meja tulisnya itu. Beralaskan lengan yang agak pejal dengan isi dan tulang ulna juga radius, tersedu dia disitu. Dia telah hanyut dengan perasaan sendiri. Namun pabila mengingatkan haram di sisi ALLAH baginya melayan rasa hati pada yang bukan muhrim, maka cepat-cepat dia istifar lalu sedaya upaya menahan tangis. Sesaat kemudian tangisnya bergema lagi namun secepat itu juga tangisnya diredakan dengan nama ALLAH…
"Astaghfirullah al adzim…astaghfirullah al adzim..astaghfirullah al adzim..aku hampir hanyut Ya ALLAH! Lindungi aku Ya ALLAH..!"
Dia sedaya upaya memendamkannya sekaligus cuba memadam ‘persahabatan ‘ alam maya itu terus dari kamus hidupnya. Tapi, mampukah dia??

Subscribe to:
Posts (Atom)