WELCOME TO MY BLOG....ASSALAMUALAIKUM WTH...:)

AIMAN ROSNARA... kehidupan ini satu perjuangan.. kehidupan ini satu pencarian.. berjuanglah untuk terus hidup.. teruskanlah mencari jati diri.. siapa kita di muka bumi ini.. siapa kita pada ilahi.. siapa kita pada agama islam yang suci.. siapa kita pada family.. siapa kita pada diri sendiri.. carilah..

Tuesday, 5 April 2011

SALAHKAH DIA(1) ANDAI RASA ITU HADIR....

Januari 2011
ASSALAMUALAIKUM W.T.H…
BISMILLAH..DENGAN NAMA ALLAH…
 
Sahabat…
Semalam dan hari-hari sebelumnya, adalah kenangan yang indah untuk dikenang. Semalam dan hari-hari sebelumnya,  banyak mengajar kita erti persahabatan dan ukhuwwah sesama insan. Semalam dan hari-hari sebelumnya, adalah waktu-waktu yang kita lewati; mungkin pengisiannya secantik akhlak, seindah bicara, semanis budi dan seindah pekerti. Mungkin juga masih terselit segaris kecacatan tingkah, sesaat keasyikan perasaan, setitik hitam nafsu, sehingga membuatkan kita leka dan hampir tersasar seketika.
 
Esok masih belum dijanjikan untuk kita, aku atau untukmu..
Esok tidak pernah dijanjikan untuk kita, aku atau untukmu walaupun satu helaan nafas..
Walaupun untuk sekali celikan mata..
Untuk segaris senyuman..
Juga..mungkin tidak dijanjikan untuk sepatah bicara, sekalipun untuk yang terakhir kata..
 
Aku.. ingin khabarkan padamu tentang sesuatu.
Sesuatu yang harus dirimu tahu dan faham tentangnya.
 
Ketahuilah olehmu wahai hamba ALLAH yang terpelihara…
yang cantik akhlaknya..
yang baik budinya..
yang indah pekertinya..
yang kental jiwanya..
yang kuat imannya..walaupun berdiri bersama seorang hawa
 
Aku ini..
Terlalu buruk akhlaknya..
Terlalu cacat budinya..
Terlalu hina pekertinya
Terlalu rapuh jiwanya..
Terlalu lemah imannya..pabila berdiri bersama seorang adam
 
Dan kerana itu..
Aku berusaha menjauhi insan adam..
Biar bagaimana cara sekali pun..
Jika masih tidak..aku sedaya upaya tidak mahu melibatkan bicara peribadi..
Apa yang aku ada, tetap milikku..
Jika ia menjadi milik yang lain pun..harus berbatas
Juga pada jalan yang halal jika perlu..
Aku tidak senang untuk berkongsi peribadi yang aku ada..sepertinya aku menjual kelebihan yang belum tentu benar pada penilaianku sendiri..
Maka aku selalu sedar diri bahawa aku ini masih jauh dan terlalu kurang amalannya..
Masih setia mencari, sedangkan apa yang kucari masih kabur pada pandangan mata..
Betapa ia benar-benar menguji kesabaranku!
 
Aku tidak tahu bagaimana penilaianmu pada peribadiku..
Aku juga tidak mahu tahu tentang itu..kerana apa yang telah kau nilaikan adalah hakmu..
Sudah pasti juga ia lahir dari cara aku selama berbicara denganmu..
Dan jangan salahkan aku jika aku tidak menjadi diriku yang sebenarnya selama berbicara denganmu..
Kerana aku merasakan ada perkara yang tidak perlu aku untuk jadi begitu..
Namun itu tidak bermakna aku tidak jujur dan bersikap tidak benar pada bicaraku..
demi ALLAH..tiada dusta pada apa yang telahku bicarakan selama denganmu..
Bagiku..menjadi yang terpelihara dengan diri sendiri sudah cukup untukku..
Selebihnya..harus ku usahakan demi menjadi yang terbaik disisi agamaku..
 
Aku juga faham andainya kau bersoalkan aku tentang sesuatu yang menegur..
Aku juga mengerti kerisauanmu sebagai seorang hamba ALLAH yang mengambil berat perihal umat..
Aku jujur..adakalanya aku rimas dengan persoalanmu yang selalu meminta jawapan tepat dan jelas..
Namun dalam masa yang sama aku bersyukur kerana masih ada utusan ALLAH yang sudi mengambil berat dalam soal agama untuk kepentingan bersama..
 
Saat pertama mengenalimu wahai hamba ALLAH…
Aku selesa dengan caramu yang bersahaja..
Sangat selesa sebagai teman bicara dan berkongsi cerita..
Namun semakin hari aku menyedari sesuatu.
Sampai bila aku dan kau akan begini, mengisi ruang alam maya dengan bicara yang kadang-kadang agak tersasar walaupun tidak selalu…
Tapi jika ia berlarutan, awaslah kita pada bisikan syaitan dan nafsu..
Jadi..kukira..lebih elok  jika kau dan aku berbicara pada ruang terbuka..
Cukup saja hanya pada ‘wall’ atau ‘status’..
Dan bukan lagi tertutup pada ruangan ‘chat’..ruang yang tiada segan pada cara dan bicara, kukira..
Sedangkan peluang godaan syaitan sentiasa terbuka..
mencari peluang untuk menjatuhkan..
 
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
"Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’
 
Aku tidak suka untuk menjatuhkan imanmu sedikit demi sedikit…
Kerana aku wanita dan kau lelaki tanpa ukhuwwah yang halal..
 
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
 
 Ah!
Mungkin mudah bagimu menghindarinya..tapi tidak bagiku..
Pengalaman mengajar aku begitu…sehinggakan aku takut pada ukhuwwah yang tiada benteng seperti ini..dengan sesiapa juga..
Maka tidak aku hiraukan jika meraka ingin katakan aku sombong..
Apalah nak kukirakan pada kesombongan itu kalau nak dibandingkan dengan murka ALLAH jika aku tersalah langkah sekali lagi nanti..
Sombongnya aku pada yang haram..
Sombongnya aku pada yang menghanyutkan..
Sombongnya aku pada yang menghancurkan iman..
Sedangkan lompang semalam masih aku berusaha untuk merawatnya..
Jatuh bangunnya aku..harus kuteruskan perjalanan..
Turun dan naiknya imanku..harusku pertahankan kedudukannya dalam diri..
 
Aku sebagai insan yang berjiwa lemah akan rapuh pada tumpuan dan perhatian yang tak terduga..
Apatah lagi pada saat aku seorangan di bumi asing..
Kebimbangan..pada perasaan sendiri..
Kebimbangan pada keinginan diri..
Jika nanti aku sudah selesa dengan kehadiranmu saban hari..
Mendengar kisah yang kuriwayatkan..
Menegurku salah dan silap..
Menunjuk laluan yang betul..
 
JIKA..
Nanti sampai hari kau akan hilang dari taipan jariku pada ruang maya ini..
Sudah pasti aku akan hilang jalan kerana sudah terbiasa dengan haluan yang sering kau berikan..
 
JIKA..
Nanti kau hilangkan diri bersama teguranmu..maka sudah pasti aku semakin gagal menjaga diri sebaik mungkin..kerana aku sudah biasa malahan  masih ingin dijaga dengan teguran..
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM…!!!!!!!!!!
 
JIKA NANTI…
Sampai satu masa..
AKU TANPA SEDAR MENYAYANGIMU MELEBIHI SEBAGAI SEORANG SAHABAT..
menjadikan yang haram kepada halal..
Pada jalan yang salah..
Bukankah itu akan menghancurkan diriku sendiri???
 
*maafkan aku andai aku tersilap bicara dan agak keterlaluan..tapi aku sedaya yang mampu memikirkan kemungkinannya..kerana hanya aku yang tahu kekuatan dan kelemahanku..dan hanya kau yang tahu kelemahanmu juga kekuatan dirimu..semoga ALLAH melindungi segala urusan kita..biar kita formal di umum.teruskanlah menulis kerana ALLAH..kelak kulewati notamu..:)
Wassalam….
 
Dia merenung warkah itu. Entah untuk kali yang keberapa, dia sendiri pun tidak tahu. Nota yang pernah dia kirimkan kepada seorang teman melalui ruangan nota ‘facebook’ suatu masa dulu. Apa juga yang dia cari, selalunya dia sendiri pun tidak pasti. Namun yang pasti, dia benar-benar merinduinya sehinggakan dia merenung kembali nota taipan tangan yang penuh dengan kekotoran ini . Rindu?? Ah, perasaan itu! Terasa berdosanya pabila merindui seorang yang bukan muhrim baginya. Apatah lagi hamba ALLAH ini hanyalah temannya di ruang maya sahaja. Tidak layak dia berperasaan begitu sebenarnya, tetapi bisikan syaitan itu sentiasa hadir tatkala hati leka dan lalai daripada mengingati ALLAH.

"Betapa hinanya aku Ya ALLAH pabila masih gagal mengawal nafsu hati. Astaghfirullah al adzim…" bisiknya hati yang kotor itu.
 
Seketika dia melewati laman ‘facebook’ muslimin hamba ALLAH itu. Masih juga sama seperti sebelumnya. Tiada perubahan atau penambahan pada ruang ‘wall’ atau ‘status’nya. Samada sengaja atau memang tidak sengaja, sudah tiada pembaharuan lagi setelah dia layarkan warkah yang dia sendiri tidak inginkan itu. Tapi dia harus demi memelihara imannya juga iman hamba ALLAH ini. Pada yang lain mungkin terlalu kecil gugatnya, tapi tidak pada dia. Kerana sudah mula terasa goyah dengan diri menyebabkan dia menarik diri dalam paksa rela. Sedangkan dalam hati, dia amat senang dan memerlukan hamba ALLAH itu kerana selalu mengingatkan dia pada yang hak. Hamba ALLAH itu selalu memberi laluan di kala dia dalam kesesatan, terpesong laluan. Namun semakin hamba ALLAH itu memberi laluan, semakin dia sesat dengan perasaan sendiri.

"Betapa aku menyalahgunakan kesempatan itu Ya ALLAH!"

Mengingatkan semua kesilapan itu, dia selalu megeluh sendiri. Dia meraup wajah yang sudah terasa panas ketika ini kerana terasa pedihnya di hati. Dia kembali merenung ruang sosial alam maya itu. Kembali meneliti ruangan ‘wall’ setelah realitinya di ragut khayal sebentar tadi. Di ruangan yang ada hanyalah nota-nota lama dan dia mengulang membacanya, kembali memahami isian ilmu yang dia sendiri kadang-kala lupa dan alpa itu. Sememangnya ilmu ALLAH itu terlalu luas dan tidak terjangkau oleh akal. Dan di ruanga ini, satu-satunya ruangan yang dia temui jaringan ilmu itu. Semuanya bermula bila dia mencari semula blog yang dahulunya dia temui dalam sebuah majalah. Dia tidak pasti nama blog itu, tapi silapnya dia mencari pada ruangan ‘facebook’, bukan pada ruangan blog seperti yang sepatutnya. Sehinggalah dia membaca ‘Favorite Quotations’ hamba ALLAH itu, dia terus tertarik untuk mendekatinya sebagai seorang sahabat. ‘Namanya’ secantik yang dilafaz, maknanya seindah yang didambakan oleh jiwa-jiwa yang dahagakan cinta ALLAH. Sepertinya juga yang selalu mendambakan ia dalam jiwa bagi orang-orang yang telah mencintai islam.
Saat pertama kali dia ‘chat’ dengan hamba ALLAH ini, semuanya bermula dengan bersahaja. Permulaan kata nama ‘aku’, ‘kau’, ‘kamu’ telah menjadikan dia selesa untuk berkongsikan apa saja cerita. Dia yang terlalu banyak bicaranya kadang-kadang tersasar cara sampaikan dia terlalu selesa untuk menceritakan apa juga yang dia rasakan, baik yang dia ragukan ataupun yang dia senangi. Itulah dia. Permasalahan ummat itu menjadi tajuk utama. Persekitaran barunya yang agak pincang juga menjadikan dia terlalu ingin mengadu pada yang ingin mendengar seperti hamba ALLAH itu. Segala yang dia lakukan akan dia jujurkan pada sahabat yang suka mengambil berat ini; pada sesiapa juga. Dia lebih senang begitu agar dia tidak dipandang setinggi langit kerana dia juga manusia yang serba kekurangan. Jadi tiada pentingnya dia membina asset diri sehingga dia menjadi riya’ dan ujub pada diri sendiri. Tapi itu bukan bermakna dia akan mencari fitnah untuk diri sendiri. ALLAH selalu sayangkannya. Jika tersasar cara, cepat saja pengajarannya tiba. Pernah suatu masa dahulu dia dipanggil pelacur hanya kerana dia keluar lewat malam. Sedangkan itu adalah kali pertama dia keluar lewat sebegitu kerana menyambut hari jadi seorang teman. Tapi silapnya dia melencong langkah ke arah lain. Mengikuti teman tanpa suara yang tegas menjadikan dia sesat seketika. Sudahnya dia pulang ke hostel sekitar pukul 4pagi. Pada masa itu keadaan antara dua, samada mahu membiarkan rakannya itu berdua dengan bukan muhrim atau dia harus menemaninya di lewat malam dan di awal pagi begitu, menjadikan dia tersepit dan terperangkap sendiri. Mendengar kisah yang agak memalukan itu, terusan saja hamba ALLAH ini melarangnya keluar malam. Dia terkejut, tapi masih memikirkan logik dan rasionalnya. Kiranya detik itu adalah permulaan yang menjadikan dia semakin selesa dan sayang kepada hamba ALLAH terpelihara itu. Bermula dengan sebagai sahabat di alam maya, namun pabila setiap hari menyusun bicara, hati manalah yang tidak terusik.

Dia benar-benar tidak menyangka akan menginginkan pemilik nama ini. Dia tidak menyangka bahawa dia benar-benar inginkan ‘iman’ itu. Tetapi pabila dia menyedari rasa diri yang tamak dengan kasih sayang yang ALLAH berikan, dia mula menjauh diri kerana sedar sayang itu tidak pada tempatnya. Sayang itu mungkin akan menjatuhkan dia dalam jurang nafsu.

Hampir sebulan juga dia tidak mendengar perkhabaran daripada hamba ALLAH itu. Tidak pula dia tahu sebabnya jika setiap kali dia melewati ‘wall facebook’nya masih sama seperti dulu. Tapi semakin dia melewati ruangan itu, semakin rindu pula dia pada hamba terpelihara itu. Dia merindu pada ingatannya dan pesanannya sebagai seorang sahabat itu. Hasil tulisannya yang bersahaja tetapi jujur dan banyak kebenaran, sememangnya selalu membuatkan dia ketawa, kadang-kadang menangis dan juga sedar diri. Walaupun dia kerap kali terasa hati, tetapi dia bersyukur kerana itulah tandanya dia masih sedar akan kesilapan dan kekurangan diri.

"Alhamdulillah..ku bersyukur untuk rasa itu."


March 6 at 11:30pm
Assalamualaikum wth sahabat...

Apa khabar? harap sihat ya dengan izin ALLAH..
aku ni selalu hantar surat maya kat kau kn..tapi kau tak pnah balas pn.Dan takpe pun..
Tapi aku rindu plak nak cakap dengan kau.
Jangan salah faham tau..aku rindu sebagai seorang kawan..kalau terlebih rindu tu..insyaALLAH,aku pulangkan rasa tu pada ALLAH..minta dipelihara dari godaan syaitan..:)

Dan kali ni aku menulis lagi pada kau..
nak buat macam mana sahabat, aku ni memang suka menulis..
tapi bila aku sudah mula menulis nanti, aku tak beri jaminan akan berhenti..kadang-kadang ayat berbunga-bunga..nak buat macam mana, aku ni telah dijadikan dengan jiwa yang seni(macam ayah aku..hihi) tapi alhamdulillah..aku xpnah gunakan lagi tuk ayat orang tau..cuma ada jg yang terkesan bila aku terkias sikit.hurmm...

Aku xtau kenapa aku menulis pada kau ni..
oohhh...maaf ya,lupa aku.minta maaf dulu sebab ganggu kau masa ni.Malunya aku datang 'rumah' orang,mganggu dan tak minta izin dulu..:P

Aku nak bagitau nie..
jangan marah tau..
erm...

Aku rindu nak berkomunikasi dengan kau sebenarnya..tapi bukan macam dalam ‘chat’ tu tau..
aku tak berkenan macam tu..tak selesa..
kalau macam ni best..i meant just be like a writer..by a letter..
sebenarnya aku tengah mood sempoi nie..tengah mood tak tau malu..sebab tu aku boleh tulis macm ni..
kalau tak..lain ayatnya..hehe..

erm..
Aku tak harap kau balas sebenarnya..
Tapi jangan marah tau kalau kau selalu dapat surat macam ni lepas ni..
Aku memang suka menulis surat macam ni kat member-member aku..tak tau kenapa tapi yang pasti bila kita menulis macam ni..ianya datang dari hati, bukan dari akal semata-mata..aku pun tak reti nak terangkan maca mana..dan apa bezanya yang datang dari akal atau dari hati.Tapi siapa tau kau ada jawapannya.Sebab kau ni memang bijak untuk memberi jawapan.Alhamdulillah..

Baru-baru ni aku ada baca komen kau tentang gadis malang yang kau nyatakan dalam wall tu..
Maaf lagi ya..dah lama aku tak ketawa baca ayat sempoi kau tu..tapi lagi banyak pengajarannya dari situ.Terima kasih.

erm..

Takpelah..aku nak minta diri dulu.
Maaf sekali lagi kalau aku buat kau tak selesa pula.
Doakan aku supaya tak salah salurkan rindu..
Yang itu paling aku takut sebenarnya..

Kalau ada sebarang silap dalam surat maya aku ni, kau tegur sajalah.aku terima..
sekian..wassalam..:)

astaghfirullah al adzim..


Dia baru saja selesai membaca surat yang pernah diutuskan di alam maya suatu masa dulu. Agak bersahaja, namun terasa malu pula bila membacanya semula. Apakan daya, tulisan itu sudah di poskan melalui alam maya. Dapat dikira, ini untuk kali ketiga dia mengulang membuka dan membacanya semula. Entah apa yang dicarinya, dia sendiri pun tidak dapat menjawabnya. Hendak membaca balasannya, hamba ALLAH itu tidak pernah membalasnya walaupun sepatah perkataan menjawab salam.

"Mungkin dia menjawabnya, tapi tidak perlulah dituliskan padaku" dia cuba berbaik sangka.

Tidak mengapa, dia tidak pernah meminta untuk dibalas surat itu ; walaupun hati berkata ya. Dan kerana itu, dia tanpa sedar telah meleraikan mutiara jernih dari kantung mata bundarnya. Dari mata yang hamba ALLAH itu pernah bersuara, matanya ini terlalu tajam pandangannya. Ah! Kiranya insan itu bukanlah insan yang pertama yang dapat melihat kelebihan ciptaan ALLAH itu. Namun dia dapat membuktikan kenyataan teman-teman selama ini. Dan dengan kenyataan itu juga jelas menunjukkan hamba ALLAH ini amat teliti penilaiannya. Dan rakan-rakan sekampus, sehinggakan dia termenung pun, sudah ada yang tunduk mengalah pandangan kerana sangkaan dia sedang merenung mereka. Malahan tidak mahu bertentang mata pun ada, walaupun sesama perempuan. Betapa mata itu membunuh jiwa-jiwa yang memandang ke arah matanya. Subhanallah..

Merasakan titisan panas sudah mula bergenang dipinggir mata, lantas dia menundukkan muka disisi meja tulisnya itu. Beralaskan lengan yang agak pejal dengan isi dan tulang ulna juga radius, tersedu dia disitu. Dia telah hanyut dengan perasaan sendiri. Namun pabila mengingatkan haram di sisi ALLAH baginya melayan rasa hati pada yang bukan muhrim, maka cepat-cepat dia istifar lalu sedaya upaya menahan tangis. Sesaat kemudian tangisnya bergema lagi namun secepat itu juga tangisnya diredakan dengan nama ALLAH…

"Astaghfirullah al adzim…astaghfirullah al adzim..astaghfirullah al adzim..aku hampir hanyut Ya ALLAH! Lindungi aku Ya ALLAH..!"

Dia sedaya upaya memendamkannya sekaligus cuba memadam ‘persahabatan ‘ alam maya itu terus dari kamus hidupnya. Tapi, mampukah dia??
 
 

No comments:

Post a Comment